Tapi, bagi aku, lagi senang kalau naik motor, kalau jalan sesak pun, at least cilok-cilok, sampai jugak ke kuliah, cari parking pun senang, menempek jee..Okay lah, sekarang ni moh kita cerita pasal kesalahan yang sering kita lakukan di jalan raya..Jangan nak menipu ok, sebagai pengguna jalan raya, kita memang tak boleh nak lari daripada melakukan kesalahan, betul tak? Hatta aku sendiri pun kadang-kadang main redah ikut suka hati aku ja, bajet jalan raya tu macam aku yang guna sorang..
So, jom kita kenal pasti sama-sama, ada tak dalam 10 kesalahan yang aku senaraikan di bawah ni yang pernah korang buat..Jom-jom =D
1. Bawak Melelong
Boleh timbul daripada pelbagai kemungkinan seperti menukar arah secara tiba-tiba, atau pun memandu dibawah pengaruh alkohol, kekeliruan dan kurang berpengalaman dalam pemanduan. Dijangka, kalau anda teruskan dengan gaya pemanduan seperti ini, tak lama lagi korang mungkin akan membuat tuntutan insuran kenderaan kerana kemalangan.
2. Mudah Terperanjat
Takut secara tiba-tiba dan tidak dapat dikawal apabila berdepan dengan situasi di mana anda nyaris-nyaris terlibat dalam kemalangan dan sempat mengelakkan kenderaan anda daripada berlanggar pada saat-saat akhir.
3. Pemarah
Keadaan trafik sesak yang menjadi faktor kemarahan anda tidak akan diambil sebagai kesalahan anda. Tetapi anda akan menanggung akibatnya jika anda marah dan gelisah sehingga sanggup melanggar kereta lain.
4. Terlepas pandang dalam peraturan jalan raya
Pertimbangkan fikiran anda sebelum melanggar peraturan jalan raya. Peraturan tersebut di reka supaya memberi keselesaan dan perjalanan yang lancar kepada anda. Pastikan anda sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan amalkan nya selalu.
5. Melebihi had laju yang ditetapkan
Punca utama kemalangan jalan raya dan lambakan tuntutan insuran kenderaan adalah kerana sering memandu dengan laju atau perlahan berbanding had kelajuan yang telah ditetapkan.
6. Menggunakan alatan lain semasa memandu.
Hampir 8 daripada 10 kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu yang lalai dan menggunakan alatan lain semasa memandu seperti menjawab telefon, makan, dan mendengar radio dengan terlalu kuat.
7. Memandu dalam keadaan sedih.
Apabila anda sedih, ia tidak membantu dalam memberi tumpuan atau fokus kepada pemanduan yang betul, yang mana mungkin menyebabkan 80% kemalangan.
8. Celaru antara pedal brek dan pedal minyak.
Ia biasanya berlaku apabila emosi kita sibuk dengan sentimen atau perasaan. Kebanyakkan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan mereka terlupa atau gagal membandingkan dimana pdal brek dan di mana pedal minyak sepatutnya berada.
9. Mengambil risiko.
Jika anda berasa ragu-ragu dalam memandu, terutamanya jika ingin memotong kenderaan lain, taktik yang paling selamat adalah untuk tunggu dan perhati kenderaan di hadapan. Jangan terburu-buru hingga merisikokan nyawa sendiri.
10. Tidak tahu akan Kawalan Gelincir (Skid Control).
Kira-kira 15% kemalangan adalah disebabkan oleh gagal mengawal kenderaan yang tergelincir daripada laluan. Menekan brek secara tiba-tiba tidak akan membantu anda mengawal kenderaan yang telah pun tergelincir. Pelajari cara menekan brek secara beransur-ansur dan mengawal steering dengan betul.
p/s: dengar kata pemandu wanita lebih teruk berbanding pemandu lelaki..Tapi bagi aku, itu semua bergantung kepada kemahiran dan cara pemikiran seseorang pemandu..Perbezaan jantina bukan faktornya =D
2 comments:
aku rasa marah tu sumer driver ada kot. hehehe...
yang tu yang paling menyerlah sekali..sikit-sikit nak maki..hahaha
Post a Comment