Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 7 February 2012

Sejarah Tulisan Times New Roman =D

Kalau sebut je pasal tulisan Times New Roman mesti kebanyakkan korang tahu..Sebabnya tulisan atau yang korang selalu panggil 'font' tu merupakan tulisan wajib dan sering kali dipakai dalam dunia komputer..Tapi, pernah tak kita terfikir untuk tahu tentang sejarah penciptaan huruf jenis Times New Roman ni? Bagi korang yang berminat nak tahu tu, hari ni mungkin hari bertuah korang, meh baca kat bawah ni =D



Huruf ini direka dan dicadangkan oleh seorang lelaki berbangsa Inggeris yang bernama Stanley Morrison. Beliau lahir pada tanggal 6 Mei 1889 di Wanstead, England. Stanley bermula sebagai seorang lelaki yang tidak memiliki apa-apa pengetahuan tentang percetakan, namun lama-kelamaan beliau banyak memegang posisi penting dalam dunia tersebut. Pengetahuannya yang banyak dalam bidang tipografi diperolehi sejak beliau menjadi anggota percetakan di The Pelican Press.


Cintanya kepada Tuhan membuatnya banyak membaca buku-buku agama, bahkan karya tipografinya yang pertama juga ditujukan untuk gereja. Setelah keluar dari The Pelican Press, beliau bekerja untuk Cloister Press di Manchester. Banyak rekaan terbaiknya dihasilkan ketika beliau bekerja di situ. Lebih-lebih lagi, karyanya banyak mencerminkan latar belakang gereja Katolik. Perkara ini boleh dilihat pada ilustrasi dan pelbagai dekorasi yang beliau gunakan. Oleh kerana beliau sangat benci akan peperangan, gerakan anti-perangnya membuatkan beliau dipenjara selama empat tahun (1914-1918).


Berasal dari suratkhabar "Times"
Selama lebih kurang 30 tahun (1929-1960) Stanley Morrison menjadi konsultan huruf untuk akhbar The Times di London. Pada tahun 1931, beliau berkata pada Times, ”The Times merupakan akhbar yang telah memiliki pelanggannya sendiri, kita memerlukan sebuah huruf yang tidak sama dengan barang dagangan pada umumnya, huruf itu harus baik pada dasarnya, namun juga mencerminkan kekuatan dari garis, konsistensi, dan ekonomi bagi The Times”.


Kerana kata-katanya itulah, 3 Oktober 1932 menjadi hari perkenalan jenis huruf “Times” di khalayak ramai, kerana pada hari itu untuk pertama kalinya akhbar The Times dicetak dengan menggunakan jenis huruf yang mempunyai identiti akhbar itu sendiri. Stanley Morisson bukan lah satu-satunya manusia yang berada di sebalik kejayaan huruf tersebut. Beliau juga dibantu oleh rakannya yang bernama Victor Lardent sebagai orang yang bertanggungjawab mereka rancangan huruf ini.


Huruf bernama 'Times' ini dengan cepat menjadi sangat popular pada masa itu, banyak digunakan di akhbar, majalah, mahupun buku laporan tahunan perniagaan. Huruf ini didaftarkan patennya di The Monotype Corporation di England, namun ia juga turut didaftarkan di syarikat paten Linotype di Amerika, kerana akhbar The Times banyak mendaftarkan paten dari produk-produknya ke Linotype. Akhirnya, pada tahun 1945, The American Linotype Company mendaftarkan nama dagang ”Times Roman” secara berasingan, bukan sebagai sebahagian dari The Times ataupun Monotype. Di sinilah terjadinya perbezaan nama untuk penggunaan huruf ini dalam komputer. Linotype dan perniagaan-perniagaan di bawah labelnya seperti Adobe dan Apple Macintosh menggunakan nama ”Times Roman”, sedangkan Monotype dengan perniagaan-perniagaan di bawah labelnya seperti Microsoft menggunakan nama “Times New Roman”.


Pada era 80-an, Monotype mereka semula huruf Times New Roman dan menyatakan bahawa huruf yang direka semula ini jauh lebih baik daripada Times Roman yang dimiliki Linotype. Disebabkan tidak mahu mengaku kalah, pada tempoh waktu yang berdekatan, Adobe-Linotype juga telah melancarkan siri baru huruf Times, yang sudah tentu mereka nyatakan sebagai huruf yang baru dan juga jauh lebih baik berbanding huruf milik Monotype. Pada dasarnya, sebahagian atau mungkin seluruh pengguna huruf ini tak akan menyedari atau bahkan tidak mempunyai masalah antara keduanya walaupun huruf-huruf tersebut dicetak dengan sangat jelas dengan ukuran 10 pt dan dalam resolusi tinggi 300 dpi.


Selepas berbagai pertentangan di atas, terbukti bahawa Stanley Morrison telah berjaya mencipta huruf yang bagus dengan ciri khasnya yang tersendiri sehingga jenis huruf ini terus dikenang dan digunakan oleh semua orang hingga ke saat ini. Beliau meninggal dunia pada 11 Oktober 1967 di London, England.


p/s: kebanyakkan dari kita lebih kenal 'font' News Time Roman daripada pereka nya, betul tak? Hehehehe =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...