Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 21 February 2012

Hati-Hati! Buah Walnut Palsu Dari China..

Sebelum ni, kita pernah digemparkan dengan pendedahan telur palsu yang berasal dari China yang dikhuatiri memasuki pasaran telur di negara kita..Tapi nampaknya, isu tersebut lama-kelamaan senyap ditelan arus peredaran masa..Korang jangan terkejut pulak, lepas isu telur palsu, muncul pulak isu kacang walnut palsu yang ber-inti simen dari China..Tak habis-habis diorang ni kan, lepas satu, satu yang diorang cuba palsu kan..Kalau nak tahu cerita selanjutnya, meh baca kat bawah ni..


- Seorang lelaki yang telah membeli kacang walnut daripada peniaga di tepi jalan di Bandar Zhengzhou pada 15 Februari telah mendapati bahawa kacang walnut yang dibelinya berisi 'ketulan konkrit'. Gam juga telah digunakan untuk menutup rekahan pada sekam di seluruh kacang palsu tersebut.

Dikatakan, peniaga jalanan tersebut telah memecahkan sebahagian kulit luaran kacang yang nipis tersebut dan mengeluarkan isi nya. 'Ketulan konkrit' tersebut kemudiannya dibalut dengan cebisan kertas untuk mengurangkan bunyi dan dimasukkan semula ke dalam kulit nya. Selepas di gam, ia akan dijual kepada orang ramai..




Kepada diorang yang nak merancang melancong ke China, pastikan mata korang sentiasa peka dan alert terhadap segala kepalsuan yang kemungkinan ada..

p/s: Biasa la, China, pusat segala barang tiruan..Hohohoho..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...