Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 21 February 2012

Apple Quicktake: Kamera Konsep Terbaru Dari Apple..

Selama ni, korang biasa dengar jenama digital kamera yang lazim digunakan macam Sony Cybershot, Nikon, Olympus, Canon DSLR dan macam-macam lagi laa..Tapi pernah tak korang bayangkan untuk memiliki digital kamera berjenama Apple pulak? Haa, kalau korang nak tahu, sekarang ni seorang pereka bentuk, Joseph Dumary telah pun mereka bentuk satu kamera konsep untuk Apple..Konsep kamera ini dikatakan diperbuat daripada kaca dan aluminium yang dikitar semula yang tak pernah kita tengok sebelum ni..Kalau nak tahu ciri-ciri konsep kamera ni, meh usha kat bawah ni..


Ciri-Ciri Kamera Konsep Apple Quicktake:

  • Mempunyai mikrofon yang boleh merakam bunyi HD dan pada masa yang sama, menghapuskan lebihan bunyi disekeliling.
  • Voice Control membolehkan anda memilih video atau memilih opsyen dengan suara anda.
  • Lensa kamera sebanyak 32MP dan boleh merakam video setinggi 1080px.
  • Merupakan kamera pertama di dunia yang boleh berputar.
  • Calendar Pics membolehkan anda menyusun gambar mengikut kriteria seperti muka, tempat, tarikh diambil dan sebagainya.
  • Bateri dipasang secara 'built-in' yang akan dicas oleh 30 pin penyambung dok daripada Apple.
  • Menyokong GPS, Wi-Fi, Airplay, Photobooth, Airprint, Edit Mode yang diperkuat, AutoFocus, Speaker HD, Mode Automatik, Flickr dan automatik upload ke YouTube.








p/s: Amacam? Ada yang berminat tak? Hehehehe..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...