Jom Singgah Sini =)

Thursday, 9 February 2012

Bahaya Tidur Dengan Lampu Menyala..

Selalunya kita kalau nak tidur mesti tutup lampu sebab tak nak rasa terganggu, betul tak? Tapi ada jugak sesetengah orang yang suka tidur dengan lampu yang menyala, konon nya sebab takut dengan kegelapan..Biasa kalau yang takut gelap ni budak-budak ja, tapi jangan ingat orang-orang tua tak ada yang takut gelap, ada jugak tau..Hehehehe..

Sebenarnya, bagi korang yang selalu tidur dengan lampu menyala ni ada bahaya nya sebab boleh berisiko menghidap penyakit Leukemia..Mengikut kajian yang dilakukan, penyelidik menemui bahawa tubuh kita perlukan suasana gelap dalam menghasilkan proses kimia yang melawan kanser iaitu menghentikan produksi zat melatonin..Meh tengok apa yang professor kat bawah ni kata..



Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda akan segera mengecam bahawa lampu menyala sepanjang hari dan produksi zat melatonin akan menurun”.


Jumlah kanak-kanak penghidap leukimia juga naik menjadi dua kali ganda dalam tempoh 40 tahun terakhir. Sekitar 500 kanak-kanak bawah 15 tahun di diagnosis menderita penyakit ini setahun dan sekitar 100 orang telah pun meninggal dunia.


Sebuah persidangan tentang kanak-kanak yang menderita akibat leukimia telah diadakan di London turut menyatakan bahawa orang yang menderita kerana kanser adalah akibat terlalu lama terdedah pada lampu sewaktu tidur pada waktu malam berbanding dengan mereka yang tidak pernah memakai lampu sewaktu tidur.


Hal ini dikatakan memberi tekanan kepada produksi melatonin di dalam badan dimana normalnya berlaku antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian sebelum ini telah menunjukkan bahawa golongan yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift malam yang memiliki risiko untuk terkena kanser payudara (pekerja wanita).


Pada kenyataannya, orang-orang buta tiada masalah terhadap proses melatonin dalam diri mereka dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Bagi ibu bapa, mereka disarankan untuk menggunakan mentol lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.


p/s: baru tahu, kalau tidur pasang lampu ada bahaya yang tersembunyi =,='


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...