Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 18 January 2012

7 Cara Nak Hilangkan Mulut Berbau..

Pernah tak korang rasa atau perasan bila korang start bercakap je, orang yang nak dengar tu akan palingkan muka diorang ke tempat lain atau tutup hidung diorang? Itu takpe, macam mana pulak lepas tu diorang mula jauhkan diri bila korang nak cakap dengan diorang..Haa, kalau macam tu, mungkin ada masalah 'alam sekitar' dengan mulut korang (bukan masalah percakapan yee)..So, bagi mengubah keadaan dari jadi macam tu, apa kata korang try amalkan tips-tips kat bawah ni =D


1. Paling penting untuk diamalkan adalah dengan sentiasa memberus gigi setiap kali selepas makan.

2. Rajin mengunyah buah pelaga mampu menyegarkan dan memaniskan nafas anda dan menyahkan bau mulut anda yang tidak enak.


3. Rajin amalkan minum jus limau yang dicampur dengan sedikit gula dan garam.


4. Anda juga boleh mengunyah daun pasli untuk mendapatkan nafas yang segar.


5. Teh menthol juga boleh mengurangkan nafas anda yang berbau.


6. Amalkan setiap kali sebelum tidur untuk berkumur dengan segelas air yang dicampur dengan separuh jus lemon.


7. Sentiasa basahkan mulut anda dengan air, ia adalah satu kemestian.


Nota: Mulut yang berbau biasanya disebabkan oleh sama ada gigi palsu, gigi berlubang, jangkitan tekak, minuman keras, merokok, jangkitan paru-paru, makanan yang berbau dan juga tidak menjaga kebersihan mulut..


p/s: Harap-harap dengan tips yang tak seberapa ni, boleh la membantu korang yang mengalami gangguan mulut 'berpuaka' ni..Hehehehe =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...