Jom Singgah Sini =)

Wednesday 7 December 2011

Rumah Untuk Hari Kiamat..

Gila betul mat-mat saleh ni..Ada je idea diorang ni untuk menyelesaikan masalah walaupun masalah tu besar tahap gaban - Hari Kiamat..Aku tak kisah sangat pasal mat saleh ni sebab aliran agama diorang tak sama macam kita yang beragama Islam ni, tapi jangan pulak ada antara kita pun turut percaya benda-benda karut macam ni..Kalau setakat nak berkongsi info, aku rasa tak jadi masalah rasa nya..


Okey, sebelum tu meh aku nak cerita sikit pasal rumah ni..Kalau korang nak tahu, kawasan rumah ni terletak di Adirondack State Park, New York. Harga jualan untuk sebuah rumah ni adalah sebanyak USD$1.75 juta. Sebenarnya, rumah ni memang dah lama diorang buat masa perang dingin dulu sebab takut perang nuklear berlaku. Kawasan rumah ni memang luas iaitu 2,000 kaki persegi untuk bahagian atas dan 2,300 kaki persegi untuk bahagian bawah tanah (rumah ni ada 2 bahagian)..Kalau sapa yang yang rasa nak banyak duit nak beli rumah ni, jom layan dulu gambar-gambar kat bawah ni..




Bagi yang beragama Islam, hanya satu yang patut kita percaya, bahawa Hari Kiamat itu pasti akan berlaku dan tiada siapa pun akan terselamat dari azab-Nya..


p/s: jangan lawan kuasa Tuhan..


* Habis SPM? Minat berniaga? Sertai Yoli sekarang! *

2 comments:

Unknown said...

apalah.buat bazir duit je lebih-,-

shuttet said...

punca duit banyak sangat la tu sampai tak taw nak guna macam mana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...