Jom Singgah Sini =)

Thursday, 3 November 2011

[Gambar]: Baby Landak =)

First time aku tengok gambar anak landak ni, dah macam rupa anak tikus pun ada sama..Geli woo, dengan badan still merah-merah lagi..Tapi itu time mula-mula lahir la, lepas beranak la katakan, lepas tu lama-lama tengok, rasa comel pulak..Rasa macam nak picit-picit je (lupakan je, tercucuk duri karang)..hehehehe..


Dulu aku pun ada pasang angan-angan jugak nak bela landak (hedgehog) ni, tapi bela arnab pun tak berapa nak pandai, baik tak payah bela..Karang mati landak ni, aku jugak yang rugi, dengan harga paling rendah dalam RM100 pun, tapi untuk orang macam aku mana la nak mampu..Baik aku buat beli stok makanan arnab aku pun bagus..hahahaha =D


Sapa-sapa yang ada bela landak kat rumah tu mungkin pernah ada pengalaman macam ni kan? Iye laa, dapat tengok landak sendiri beranak banyak-banyak macam tu, tiba-tiba, dah jadi 'tok wan' dah korang sekarang..Syiok la kan dapat timang 'cucu'..hehehehe..So, bagi korang yang tak pernah tengok lagi apa rupa anak landak time lahir, boleh la layan gambar kat bawah ni ekk =D


















~ apasal aku tiba-tiba jadi babysitter pulak ni? =,=' ~


p/s: baru la kau tahu, landak sejak dari lahir memang dah ada menatang duri tu..hehehehe =)


* jom layan bisnes dengan Yoli *

2 comments:

melyssa_nadiea said...

my MIL ada nak beli..once dah branak, anak dia leh jual balik dgn harga rm100..untung kan :)

shuttet said...

bley bawak duit tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...