Jom Singgah Sini =)

Sunday 27 November 2011

Apabila Game Lagi Hebat Dari Godaan Perempuan..

Fuhhh..Bukan nak cakap la, kadang-kadang penangan game ni lagi hebat efek nya daripada seorang wanita..Tambah-tambah, lelaki yang main tu pulak memang kaki game sejati tahap gaban, nak tinggal sekejap pun tak boleh..Kalau berhenti pun setakat pergi makan je, itu pun terlewat, dari makan tengah hari ganjak ke makan petang terus..Nak main game tu memang la tak salah, tapi jangan la sampai terlalu fanatik sehingga mengabaikan perkara yang berlaku kat sekeliling kita..

Kalau time bujang nak main game tu, tak jadi masalah, tapi kalau dah kahwin pun asyik pentingkan game jugak, itu memang dah jadi masalah berat..Agak-agak, apa la perasaan isteri korang nanti ekk? Korang rasa, sama tak macam cerita kat bawah ni..hehehehe =D


Bagi pihak lelaki yang dah pegang status sebagai suami orang tu, bawak-bawak la berubah..Isteri bukan sama macam game, bila dah habis sesuatu permainan, boleh di-delete atau dibeli yang baru..Jaga lah perasaan mereka seperti mana mereka menjaga perasaan anda ;)

p/s: maaf, gambar sedikit lucah =p


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...