Kenapa la perkara-perkara yang menyedihkan dan meruntun jiwa selalu ja jadi kat negara China?? Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita pasal kanak-kanak 2 tahun yang kena langgar lari tanpa diberi sebarang pertolongan oleh orang ramai..Memang tak sangka, sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, hilang sifat-sifat kemasyarakatan dan peri-kemanusiaan..Lepas ni sapa-sapa yang dok plan nak pergi China tu, fikir-fikir la dulu masak-masak ekk..
Aishhh..tetiba melalut jauh pasal apa tak taw..Bukan apa, yang aku cerita tadi tu juz untuk selingan ja..Aku nak cerita pasal seorang budak perempuan dekat negara China jugak yang sanggup bawak adik dia datang sekolah sekali sebab tak ada sapa nak jaga..Kesian aku tengok, adik dia kecik lagi kot..Kalau korang, rasa macam mana? Dah la datang sekolah nak belajar, tiba-tiba kena jaga adik sekali..Agak-agak, korang sanggup tak kalau korang dalam situasi macam ni?? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat bawah ni..
Oktober, 21 - Gambar yang diberi nama "adik kecil tidur" telah banyak dikirimkan oleh orang ramai, ada yang mengatakan situasi dalam gambar tersebut amat menyedihkan, dan ada juga yang prihatin untuk membantu memberi bantuan kewangan kepada budak perempuan tersebut. Jurugambar, Lu Qixing mengatakan yang gambar tersebut diambil pada 29 Julai di sebuah kelas sekolah rendah yang terletak di Bandar Shanjiang, Daerah Fenghuang.
Disebabkan adik kecil yang sedang nyenyak tidur, si kakak dengan cepat memangku adik nya. Lu juga berkata kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut tiada kerana bekerja di tempat lain manakala datuk dan neneknya terpaksa bekerja di ladang. Disebabkan tiada penjaga untuk menjaga adik nya, si kakak terpaksa membawa adiknya ke sekolah. Kerana tidak cukup nutrisi, kepala si adik kelihatan besar.
Menurut Wu Jianhui, seorang guru tempatan berharap agar bantuan dapat segera diberikan bagi membolehkan persekolahan yang sempurna di kawasan kampung. Kanak-kanak perempuan itu berada di tahun ke-2 dan situsi seumpama itu merupakan perkara biasa di Bandar Shanjiang.
p/s: begitu lah pengorbanan seorang kakak terhadap adik nya ='(
* jom berbisnes dengan Yoli *
4 comments:
subhanallah.. inilah kuasa kasih sayang... semoga ada yg membantu beliau
Kesiannya..xdapat apple mau bayangkan mcm mna kalau apple yg ada d situsi tuu..:'(
kuat syg kakak kpd adiknya.. semoga semuanya
cepat dileraikan. kasihan kakak hendak belajar
Kasih seorang kakak tiada tandingnya
Post a Comment