Jom Singgah Sini =)

Friday, 21 October 2011

7 Perkara Yang Tak Boleh Di Ubah Dalam Hidup..

Sepanjang hidup kita ni, ada 7 jenis hal yang memang kita tak boleh nak ubah atau tukar. Kita hanya boleh terima nya dan redha dengan suratan takdir.


1. Jenis kelamin dan jantina.


- Memang kita boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi kita tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terima lah dirimu, sama ada korang lelaki atau perempuan.


2. Orang tua (Ibu bapa)


- Korang mesti lah menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! Jika tidak, situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.


3. Hari kelahiran.


- Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesali nya.


4. Bentuk fizikal.


- Jika korang mempunyai rambut kerinting, terima saja lah. Jika hidung korang kurang menarik atau kulit sawo matang, terimalah se-adanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tak semula jadi.


5. Masa lalu.


- Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, 'berdamailah' dengan masa lalu demi membina masa hadapan.


6. Kedudukan dalam keluarga.


- Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah se-adanya.


7. Suku bangsa.


- Jangan sesekali korang menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.


p/s: terima dan bersyukur lah dengan apa yang kita ada =)


* jom berbisnes dengan Yoli *



3 comments:

Nurjia Naiem said...

:) nice to meet you..

Atiqah Wadiah said...

b'syukurlah dgn nikmat kurniaan Allah :)

shuttet said...

itu sebaik-baiknya =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...