Jom Singgah Sini =)

Saturday, 3 September 2011

Mayat Di Gunung Everest 0.0

Siapa dalam kalangan korang yang tak tahu apa itu Gunung Everest??..Of course korang semua tahu kan (yang tak tahu tu tak belajar ilmu alam kot) =)


Kalau nak tahu, sebenarnya gunung yang diiktiraf sebagai gunung yang tertinggi di dunia ni banyak menyimpan 1001 satu cerita yang tak banyak diketahui oleh orang ramai (aku pun baru tahu jaa)..


Kita biasa dengar cerita pasal pendaki yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest je kan, tapi cerita pasal pendaki yang gagal atau terkorban semasa dalam proses pendakian tak banyak dihebohkan..Menurut maklumat sekarang ni, ada lebih 200 mayat pendaki malang yang telah ditandakan dan disemadikan di Gunung Everest..


So, dalam entri kali ni, aku berpeluang nak share gambar-gambar pendaki malang yang gagal menyempurnakan misi diorang dalam menawan puncak Everest..


Cerita disebalik Gunung Everest yang korang kena tahu :

  • Proses membawa turun mayat di Gunung Everest merupakan satu perkara yang mustahil.
  • Kos mendaki dalam $25K hingga $60K untuk sampai ke puncak. Kadang-kadang nyawa juga menjadi taruhan.
  • Rata-rata pendaki mengatakan laluan yang paling susah dalam mendaki Gunung Everest adalah melintasi kubur pendaki yang telah mati.
  • Disebabkan keadaan cuaca yang agak ekstrem, mayat-mayat yang telah berusia lebih 50 tahun masih lagi boleh ditemui dengan kesan pereputan yang agak kecil.
  • Kejadian reput frost pada kadar yang cepat merupakan satu kemungkinan yang agak besar apabila berada berhampiran puncak.
  • Dalam sesetengah kejadian, para pendaki yang terserempak dengan pendaki lain yang hampir-hampir mati terpaksa meninggalkan mereka kerana tiada cara untuk memberi bantuan.
  • Mayat George Mallory, pendaki British yang terjatuh pada tahun 1924 masih boleh ditemui.























p/s: amacam??..agak-agak, korang berminat tak lagi nak daki Gunung Everest??..hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...