Jom Singgah Sini =)

Tuesday 6 May 2014

8 Fakta Menarik Mengenai Mimpi =D

Mimpi sering dikaitkan dengan fungsi badan semasa tidur..Malah, mimpi ada ketikanya sering dikaitkan sebagai visi yang akan berlaku pada masa hadapan dan karma kehidupan masa lampau si pemimpi..Namun, tahukah anda bahawa mimpi sebenarnya banyak membawa manfaat kepada manusia..Nak tahu apa dia, meh usha kat bawah ni..

1. Mimpi Mampu Mencegah Psikosis.
Mimpi boleh membantu dalam menyeragamkan keadaan mental anda. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang sering terjaga pada fasa permulaannya mimpi, akan menunjukkan tanda-tanda psikosis selepas hanya tiga hari. Ia merupakan sesuatu yang bagus.

2. Gangguan Tidur (REM)
Sebenarnya, terdapat sejenis gangguan yang boleh berlaku semasa tidur, selain daripada penyakit Sleep Apnea. Ia digelar Sleep Behavioral Disorder (REM). Lazimnya, mereka yang bermimpi akan terikut-ikut dengan keadaan di dalam mimpi seperti, menendang, menjerit dan memukul. Penyakit ini sebenarnya mampu meramalkan penyakit gangguan otak, seperti penyakit Parkinson.

3. Mimpi Amaran
Mimpi merupakan perkara yang simbolik dalam alam semula jadi. Mimpi sesuatu yang pelik akan memberikan anda petunjuk tentang apa yang berlaku semasa anda bangun dari tidur. Bermimpi sesuatu, misalnya air yang kotor, mungkin boleh menandakan adanya masalah kesihatan pada diri anda.

4. Mengawal Mimpi.
Anda tahu anda boleh mengawal mimpi anda apabila anda terjaga semasa di alam mimpi. Anda juga boleh menentukan apa yang akan berlaku di dalam mimpi anda. Kajian menunjukkan bahawa pemain permainan video mempunyai kawalan mimpi yang lebih jelas berbanding orang lain.

5. Mimpi dan Berdengkur.
Berdengkur semasa tidur sering dikaitkan dengan masalah seperti Sleep Apnea. Apa yang mengejutkan, kajian mendapati terdapat hubungan antara bermimpi dan berdengkur. Ia menyatakan bahawa mereka yang berdengkur sebenarnya tidak bermimpi.

6. Pencipta Mimpi

Tahukah anda bahawa selebriti yang popular pada hari ini menjadi terkenal disebabkan mimpi yang dihadapi oleh mereka pada suatu malam? Hal ini terbukti benar kerana disebabkan oleh mimpilah yang menyebabkan siri filem "Twilight" bermula. Selain itu, penyanyi terkenal kumpulan The Beatles, Paul McCartney turut bermimpi mengenai lagu hit mereka, "Yesterday."

7. Apabila Lelaki Bermimpi.
Kajian menunjukkan lelaki sering bermimpi berada di luar lebih tinggi berbanding perempuan. Lelaki juga bermimpi 6 kali lebih banyak dari perempuan. Mimpi buruk seorang lelaki menunjukkan kecenderungan ke arah perbuatan lebih agresif, seperti terlibat di dalam pergaduhan.

8. Mimpi Pra-Kognitif
Dari masa ke semasa, mereka yang bermimpi turut boleh bermimpi mengenai masa depan. Mimpi jenis ini dipanggil Mimpi Pra-Kognitif. Kes yang paling terkenal dalam mimpi jenis ini adalah apabila Presiden Pertama Amerika Syarikat, Abraham Lincoln melihat kematiannya sendiri. Tiga hari kemudian, seperti yang kita tahu, di dibunuh oleh John Wilkes Booth.

p/s: Mimpi basah macam mana pulak..Hahaha =D




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...