Jom Singgah Sini =)

Sunday 6 April 2014

[Gambar] Perayaan Hari Ganja Sedunia 420 Disambut Pada Setiap Tahun =D

Perayaan Hari Ganja atau disebut dengan istilah "Weed Day" atau "420 Day" sering disambut diseluruh dunia tepat pada tarikh 20 haribulan April. Angka 420 juga menunjukkan waktu jam 4.20 p.m yang ditetapkan untuk bersantai sejenak sambil menghisap ganja. Pada perayaan ini juga, semua orang berkumpul bersama dijalanan sambil menghisap ganja beramai-ramai. Semuanya ini dilakukan untuk menyuarakan pada dunia bahawa isu pengharaman ganja harus segera dihapuskan. Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Washington D.C sebagai pentas utama "Weed Day" 420 2014

Pada 4:20 p.m setiap hari pada awal tahun 1970-an, sekumpulan remaja di San Rafael, California telah pergi ke dinding luar sekolah untuk menghisap ganja. Mereka menggelar waktu mereka berkumpul itu sebagai "420," tetapi mereka sendiri tidak pernah membayangkan bahawa perkataan kod itu pada suatu hari nanti akan menjadi satu fenomena di seluruh dunia.

Hari ini, beratus-ratus ribu penghisap ganja (marijuana) di seluruh dunia meraikan perayaan "420" ini seolah-olah ia umpama satu perauaan Krismas ganja. Perayaan Hari Ganja pada tahun ini akan diadakan di Washington D.C sebagai pentas utama.

Pada perayaan ini juga, golongan penghisap ganja ini akan bersatu dan secara beramai-ramai menggesa pihak kerajaan untuk mempertimbangkan semula larangan menghisap ganja.

Walupun larangan terhadap perbuatan menghisap ganja masih lagi belum dihapuskan di ibu negara Amerika Syarikat ini, ia tidak menjadi batu penghalang untuk mereka meneruskan perayaan ini. Sama ada anda penghisap ganja atau tidak, ia tidak sekali-kali menghalang anda untuk berseronok pada Hari Ganja di Washington D.C 2014 nanti.

Video Sambutan Hari Ganja sebelum ini:



p/s: Agak-agak kat Malaysia, ada yang sambut tak? =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...