1. Pencahayaan
Foto selfie biasanya menggunakan kamera depan. Seperti yang kita ketahui, kamera depan biasanya memiliki kualiti piksel yang kurang baik. Untuk itu, bagi menjadikan hasil foto tidak gelap, bergayalah di tempat yang memiliki pencahayaan yang baik, seperti berhampiran jendela atau di tempat lapang pada waktu siang. Pastikan cahaya ada di depan, bukan di belakang yang membuat "backlight" sehinggakan hasil foto kelihatan gelap.2. Highlight Wajah
Gunakan "highlighter" di sekitar wajah yang disapukan pada hidung, tulang alis dan pipi untuk membuatkan wajah lebih berkilau dan flawless.
3. Angle Foto
Cuba posisikan kamera sedikit ke arah bawah, seperti foto selfie Miranda Kerr ini. Dia melakukan gaya duck face sambil mengangkat dagu. Hasilnya, ia lebih memfokuskan pada bahagian muka.
4. Disinari Cahaya
Kesan dramatis akan diperolehi ketika anda bergambar dan mendapatkan flare (sinaran) cahaya matahari dari bahagian sisi.
5. Gaya
Lakukan gaya terbaik. Lazimnya, kebanyakkan orang lebih suka melakukan gaya "duck face" kerana ia mampu membuatkan wajah anda menjadi lebih tirus.
6. Riak Wajah
Foto selfie tidak hanya memerlukan tangkapan gambar dengan wajah yang 'cantik'. Lakukan riak wajah yang mampu menarik perhatian.
7. Bergaya Dengan Haiwan Perliharaan
Sekiranya anda memiliki haiwan peliharaan, jangan ketinggalan untuk melibatkan mereka bersama. Seperti model ini yang bergaya bersama anjingnya.
8. Bergambar Bersama Rakan-Rakan
Bagi mengelakkan bosan kerana asyik menunjukkan foto selfie diri sendiri, sebaiknya ajak rakan-rakan anda untuk turut sama ber-selfie.
9. Selfie Depan Cermin
Foto Selfie di depan cermin menjadi cara terbaik bila anda ingin menunjukkan pakaian yang dipakai pada hari itu. Bila memuatnaikkannya di Instagram, jangan lupa untuk menggunakan hashtag #OOTD (outfit of the day) untuk mengapresiasikan baju yang dipakai. Kesan dramatik dan elegan jelas terpancar dari foto selfie ini.
p/s: Mana satu gaya pilihan anda? =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment