Gajet terbaru Walkman dari Sony ini pernah dipamerkan di pameran CES 2013 dan dikenali sebagai pemain MP3 NWZ-W270 dan pernah diiklankan bersama seorang perenang yang menggunakannya di dalam air. Walaubagaimanapun, DraftCB yang berpangkalan di Auckland telah menemui sudut baru dengan mengemukakan idea yang bijak dalam cara pembungkusan gajet ini iaitu dengan membungkuskannya di dalam botol air dan boleh dibeli secara layan diri dengan menggunakan mesin jualan automatik yang diletakkan di dalam gimnasium dan kolam renang sekitar Auckland.
DrafrCB di dalam video mereka telah menyatakan; "Dengan menggabungkan produk dengan botol air, kami telah menciptanya yang pertama di dunia - The Bottled Walkman. Ini merupakan satu inovasi dalam pembungkusan serta memberikan cara yang unik untuk mempamerkan produk, yang sekaligus menunjukkan manfaat daripadanya."
Sebelum ini, pihak Sony juga pernah membuat telefon pintar yang kalis air, tetapi mungkin suatu hari nanti mereka turut akan dijual di dalam botol seperti Walkman ini.
Video:
p/s: Err..air dalam botol tu boleh minum jugak tak?
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment