Jom Singgah Sini =)

Saturday 18 January 2014

Starlight Avatar: Tumbuhan 'Glow In The Dark' Generasi Baru Yang Dicipta Oleh Para Saintis =D

Tumbuhan seperti bunga-bungaan sememangnya sering menjadi aksesori dalam mendekorasi halaman dan hias dalaman rumah..Namun kini, para saintis telah berjaya mencipta sejenis tumbuhan generasi baru yang bukan sahaja berfungsi untuk menghias rumah malah mampu mengeluarkan cahaya untuk menerangi rumah yang digelar sebagai Starlight Avatar..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Para penyelidik telah berjaya membangunkan sebuah tumbuhan yang mampu menghasilkan cahaya di dalam gelap digelar Starlight Avatar yang bercahaya seperti kelip-kelip. Penyelidik telah menggabungkan genetik daripada bakteria Bioluminescent dengan tumbuhan periuk kera untuk dalam mencipta tumbuhan berkenaan, yang turut boleh digunakan sebagai lampu semasa dalam keadaan gelap. Secara ringkasnya, ia adalah versi tumbuhan yang diubahsuai secara genetik daripada sejenis tumbuhan periuk kera yang dipanggil Nicotiana alata dan akan bercahaya berterusan sepanjang hayatnya.

Daily Mail melaporkan bahawa "fenomena organisma hidup semulajadi ini dipanggil bioluminescence. Terdapat lebih dua puluh mekanisme Bioluminescent bebas berkembang yang boleh ditemui di dalam alam semulajadi seperti yang boleh dilihat dalam cacing cahaya, sotong Bobtail, ikan laut dalam Anglerfish dan bakteria lainnya."


p/s: Wauu!! Boleh jimat bil letrik..Ngeh, ngeh =P

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...