Jom Singgah Sini =)

Monday 9 December 2013

[Video] Prelude - Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung =D

Sejak dari zaman purba, kapal merupakan merupakan pengangkutan yang amat penting dalam kegiatan perdagangan..Apa yang berbeza ialah kapal pada masa kini mampu dibina dalam saiz yang sangat besar dan boleh bergerak pantas dengan adanya teknologi enjin..Berpegang pada prinsip tersebut, syarikat industri berat Samsung telah membina sebuah kapal yang kini telah diiktiraf sebagai kapal terbesar di dunia..Nak tengok, meh usha kat bawah ni..



Mempunyai badan yang lebih panjang daripada ketinggian bangunan Empire State Building, kapal tangki yang dibina syarikat industri berat Samsung, iaitu "Prelude" telah pun diapungkan daripada dok kering di Geoje, Korea Selatan buat kali pertama. Ia berukuran 488 m (1,601 kaki) panjang dan mempunyai lebar 74 m (243 kaki) .Kapal itu merupakan milik syarikat petroleum terkemuka Shell yang mempunyai kemudahan sebagai fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG), yang apabila siap, ia juga akan dijangka menjadi kemudahan fasiliti petroleum terapung terbesar di dunia.

Berikut adalah sedikit maklumat yang diperolehi daripada pihak  Gizmag: " Kapal ini dibina bagi tujuan pengeluaran gas asli, pemprosesan ke dalam gas asli cecair (LNG) dan akhirnya pemindahan secara langsung kepada kapal pengangkut, selama ia di laut, "Prelude" akan mempunyai  berat lebih daripada 600,000 tan metrik (661,400 tan) apabila dimuatkan sepenuhnya dan dijangka mengeluarkan kira-kira 3.6 juta tan metrik (3.9 juta tan) LNG setiap tahun. Ini bermaksud kapasiti simpanannya adalah lebih 430 juta liter (114 juta gelen), atau bersamaan dengan kira-kira 175 kolam renang saiz Olimpik. "


Video:



p/s: Perghhh!! KLCC pun kalah..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

2 comments:

Anonymous said...

Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

Unknown said...

memang beso giler.tp bukan kapal ussr yg boleh darat jet byk tu lagi besar ke? Samsung heavy engineering skg dah wat nama dlm O&G. habis semua projeck kne tapau dgn diorg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...