Jom Singgah Sini =)

Saturday 21 December 2013

[Menarik] Guru Ini Pakai Pakaian Yang Sama Untuk Majalah Tahunan Sekolah Selama 40 Tahun Berturut-Turut =D

Majalah tahunan sekolah merupakan buku terbitan perihal aktiviti atau program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam tempoh setahun persekolahan..Majalah ini lazimnya memaparkan gambar-gambar guru, para pelajar dan karya pelajar..Secara tidak langsung, para pelajar dan guru boleh memakai pakaian paling bergaya untuk acara menangkap gambar untuk diterbitkan di dalam majalah berkenaan..Namun, bagi seorang guru ini, dia tetap dengan pakaiannya yang sama selama 40 tahun berturut-turut..Nak tahu, meh usha kat bawah ni..



Selain dari bersara sebagai seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Dale Irby sebenarnya turut bersara dari melakukan sesuatu yang unik dan terkenal dalam majalah tahunan sekolahnya iaitu gambar dengan memakai pakaian yang sama selama 40 tahun berturut-turut sepanjang tempohnya menjadi seorang guru.

Dia kini yang sudah berusia 63 tahun mengatakan bahawa guru-guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada masa itu mempunyai kod etika pakaian yang longgar di mana mereka dibolehkan memakai seluar pendek ketika mengajar. Namun, pada hari mengambil gambar, dia terpaksa memakai pakaian kasual yang turut menjadi pakaian yang menjadikannya terkenal.

"Saya berasa sangat malu apabila mendapati saya memakai pakaian yang sama dalam majalah tahunan sekolah yang pertama dan kedua." katanya.

Kemudian, isterinya, Cathy turut mencabar supaya melakukannya bagi kali ketiga. "Selepas 5 gambar, saya berasa, "Kenapa perlu berhenti?".

Dalam The Dallas Morning News, mereka memaparkan sebuah video koleksi gambar yang menunjukkan seorang guru lelaki yang memakai pakaian yang sama. Apa yang kelihatan berubah hanyalah warna misai yang bertukar menjadi warna kelabu dan cermin mata yang bertukar saiz dari besar kepada yang kecil.


Video:


p/s: Gaya veteran..Hehehe..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...