Jom Singgah Sini =)

Saturday 30 November 2013

[Unik] Anak Lembu Ini Digelar "Holy Cow" Kerana Mempunyai Tanda Salib Pada Dahinya *0*

Kewujudan sesuatu tanda atau lambang suci sesebuah agama pada manusia, haiwan atau objek mungkin membawa makna bahawa ia adalah suatu anugerah atau keberkatan dari Tuhan..Itu lah yang telah berlaku pada seekor anak lembu yang mempunyai tanda salib agama Kristian pada dahinya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


"Holy Cow" yang turut diberi nama Moses ini telah dilahirkan pada minggu lepas di sebuah ladang tenusu di Sterling, Connecticut. Ia telah dilahirkan dengan mempunyai tanda lahir unik yang kelihatan seperti salib putih pada bahagian dahinya.

Pemiliknya, Brad Davis memberitahu WFSB-TV, ia mungkin satu petanda dan mesej dari Tuhan walaupun dia masih lagi cuba untuk mengetahui maksud tersirat disebaliknya. Manakala, Ric Grummer, Pengarah University of Wisconsin - Madison Department of Dairy Science, memberitahu akhbar Norwich Bulletin yang ia bukan lah satu perkara luar biasa bagi seekor lembu dari baka Holstein untuk mempunyai tanda putih di kepala.

Walaubagaimana pun, ia amat jelas yang Moses tidak akan menjadi hidangan di atas meja makan kerana kewujudan tanda salib pada dahinya itu.


p/s: Bergantung kepada kepercayaan masing-masing..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...