Arca yang hebat lazimnya merupakan hasil tangan artis-artis yang berbakat dan kreatif..Hal ini juga sama bagi artis yang mengukir ukiran kayu yang kini diiktiraf sebagai ukiran kayu paling panjang di dunia..Nak tahu bagaimana rupa ukiran tersebut, meh usha kat bawah ni..
Zheng Chunhui, seorang artis berbakat dari China, baru-baru ini mempamerkan ukiran kayu terpanjang di dunia, yang berukuran 40-kaki (12,286 meter) panjang. Beliau menghabiskan masa kira-kira 4 tahun untuk mengukir batang kayu ini dan ia ia dilukis berdasarkan lukisan terkenal yang dikenali sebagai "Along the River During the Qingming Festival" - sebuah sejarah yang terpelihara untuk meraikan nenek moyang mereka yang gugur pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk. Pada 14 November lalu, Guinness World Records telah tiba di Fuzhou, Wilayah Fujian di mana ukiran kayu itu kini dipamerkan dan mengiktirafnya sebagai ukiran kayu yang terpanjang di dunia.
p/s: Perghhh! Sikit punya teliti apa nak ukir tu..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
1 comment:
berapa juta hari laa buat mende nih . haha :D
Post a Comment