Jom Singgah Sini =)

Tuesday 22 October 2013

[Video] FireCase - Aksesori iPhone Unik Dilengkapi Pemetik Api =D

Setiap barangan yang kita beli sudah pasti mempunyai kelengkapan aksesorinya yang tersendiri bagi memuaskan hati pembeli dengan citarasa pilihan mereka..Namun, dengan aksesori yang dilengkapi dengan pemetik api, sudah tentu ia bakal menjadi buruan para perokok tegar..Kalau nak tahu apa jenis aksesori tersebut, meh usha kat bawah ni..



Ringan dan dibina pada bahagian dalam 'casing' telefon pintar, namun, apa yang dapat menjadikan ia relevan kepada perokok? Aksesori unik ini dinamakan Firecase - 'Casing' perlindungan untuk iPhone dengan bateri khas terbina pada bahagian dalam yang mampu bertahan sebanyak 100 Booster (kali petikan). Terima kasih kepada elemen pemanas yang dibina pada bahagian dalam, ia boleh menghalang angin dari menyukarkan nyalaan api rokok, dan reka bentuknya yang padat dan kompak tidak banyak meningkatkan saiz telefon pintar anda. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna pilihan dan baterinya boleh dicas dengan menggunakan wayar USB.



Video:

p/s: Nampak unik kan? -D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...