Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 1 October 2013

[Hebat] Energica Ego - Superbike Yang Menggunakan Kuasa Elektrik Pertama Di Dunia =D

Motorsikal berkuasa tinggi atau superbike mungkin merupakan kenderaan impian yang pasti mahu dimiliki oleh golongan muda..Dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini, sedikit sebanyak ia turut memberi kesan pada mereka yang baru bercita-cita untuk memilikinya..Oleh itu, sebuah syarikat permotoran telah berjaya mencipta sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang hanya bergerak dengan menggunakan kuasa elektrik dan bukan lagi menggunakan bahan bakar petroleum..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Pada harga US$23,000 (RM69,000), Energica Ego mungkin tidak semurah seperti yang dijangka tetapi apa yang pasti, motorsikal ini merupakan motorsikal berkuasa tinggi berkuasa elektrik pertama yang diberi kelulusan undang-undang untuk berada di jalan raya. Dengan berat sebanyak 580 paun dan bergerak dengan menggunakan motor elektrik 'synchronous' dengan magnet kekal, minyak penyejuk dan 100kW kuasa/195Nm tork yang memberi kuasa kepada motorsikal ini untuk bergerak selaju 130 mph (208 km/j).

Motorsikal berkuasa tinggi ini juga turut dilengkapi dengan Vehicle Control Unit (VCU) dan sistem peta pelbagai fungsi yang inovatif untuk pengurusan tenaga. Brek disediakan oleh Brembo, dengan Bosch mengendalikan sistem ABS. Energica Ego juga turut mempunyai sistem mengecas bateri 110-220 V dengan kabel pada punca elektrik.



Video:


p/s: Ini kalau rosak, entah berapa belanja nak kena keluar..Entah-entah lagi mahal dari harga motor..Hehehe..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...