Jom Singgah Sini =)

Wednesday 4 September 2013

Lucy Vallender: Bekas Tentera Lelaki Ini Tukar Jantina, Berkahwin & Memeluk Islam *0*

Penukaran jantina sering dilakukan bagi mereka yang inginkan perubahan dari segi fizikal akibat sering didorong oleh ketidakselesaan jantina asal..Bagi sesetengah golongan transgender, kepuasan diri menjadi keutamaan..Namun, bagi bekas tentera ini, dengan menukar jantina asalnya kepada wanita, dia mampu berkahwin malah kini memeluk agama Islam..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Seorang bekas askar telah membuat satu kelainan dari yang lain iaitu dengan menukar jantina dan memeluk Islam.

Lucy Vallender, 28, berkata, dia akhirnya berlaku "jujur kepada dirinya" selepas menjadi Muslim pertama di Britain yang tergolong dalam golongan transgender.

Di sebelum ini pernah menjadi tentera Territorial Army dengan nama lelaki sebagai Laurens telah pun menjadi isteri kedua kepada seorang Muslim yang warak.

Lucy, yang pernah tinggal di Cirencester, berkahwin dengan lelaki yang dikenalinya melalui laman web mencari kekasih tanpa memberitahu yang dia pernah menjadi seorang lelaki.

Sekarang, dia mula bersembahyang lima kali sehari dan memakai purdah penuh dan menghabiskan masa dengan membaca al-Quran.

Walaupun begitu, dia telah diharamkan oleh pihak masjid tempatan daripada bersolat di ruang wanita dan  mendakwa dia hanya boleh bersolat bersama dengan kaum lelaki mengikut jantina asalnya

Mengikut kisahnya, dia memeluk Islam setahun kemudian selepas menonton programTV mengenai agama.

"Saya pernah memberitahu ibu saya mengenai hasrat untuk menukar jantina. Ibu saya terkejut dan tidak berkata apa-apa"

Dia akhirnya bertemu dengan Murad, yang mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama pada bulan April dan menjadi isteri keduanya yang sah.

"Saya suka dia kerana dia seorang yang baik dan bertutur dengan lemah lembut", katanya.

"Mereka mengatakan bahawa saya seorang Muslim transgender yang pertama di Britain  tetapi saya yakin terdapat ramai lagi - mereka hanya takut untuk mengakuinya," katanya.

Katanya lagi, dia pernah diharamkan dari memasuki Masjid Broad Streets oleh mereka yang tersinggung dengan jantinanya.

Dia berkata: "Cara mereka melayan saya sangat menjijikkan."

"Mereka bertanya kepada saya soalan mengenai saiz coli saya, tanya mengenai halkum saya, mengenai tempoh haid saya dan meminta untuk melihat sijil kelahiran".

"Mereka kata saya perlu bersolat dengan lelaki jadi saya keluar dan bersolat di rumah sahaja." 

"Saya harap orang ramai akan mengubah sikap mereka dan orang lain seperti saya akan sedar bahawa mereka bebas untuk menjadi diri mereka sendiri." 

Jurucakap Masjid Swindon berkata: "Semua orang dialu-alukan, selagi mereka berkelakuan menurut Islam."
























p/s: Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan lebih dalam mengenai Islam, agak-agak apa pendapat korang?

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

2 comments:

Amin said...

Pada aku yg kurang pandai agama pn tahu apa jawapannya.... klu dah lelaki... tetap lelaki...

Amin said...

Pada aku yg kurang pandai agama pn tahu apa jawapannya.... klu dah lelaki... tetap lelaki...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...