1. Yao Ming
Yao Ming merupakan seorang pemain bola keranjang pertama di China yang pernah bermain bersama persatuan NBA Amerika. Yao Ming lahir di Shanghai pada 12 September 1980 dan mempunyai ketinggian sebanyak 229 cm dengan berat badan mencapai 155 kg.
2. Robert Wadlow
Robert Wadlow dilahirkan pada 22 Februari 1918 di Alton, Illinois. Dia mempunyai tinggi badan sebanyak 272 cm dengan berat badan mencapai 220 kg, namun sayangnya Robert Wadlow tidak mempunyai umur yang panjang di mana dia meninggal dunia ketika hanya berusia 22 tahun setelah terjatuh semasa menghadiri festival hutan kebangsaan pada 4 Julai 1940.3. Leonid Stadnyk
Leonid Stadnyk memiliki tinggi badan sebanyak 257 cm dengan berat badan mencecah 200 kg. Leonid Stadnyk berasal dari Ukraine dan mempunyai kerjaya sebagai seorang doktor pakar haiwan. Namanya tercatat di dalam Guinness Book of Records sebagai manusia yang paling tinggi ketika ini.
4. Al Tomaini
Al Tomaini di katakan memiliki tinggi badan sebanyak 255 cm dengan berat badan mencapai 162 kg. Dia mempunyai pekerjaan sebagai salah seorang ahli sarkas "Great Lakes Exposition" yang bertapak di Chicago. Al Tomaini meninggal dunia pada tahun 1962.
5. Väinö Myllyrinne
Väinö Myllyrinne memiliki tinggi badan sebanyak 251cm dan memiliki berat badan sebanyak 197 kg. Väinö Myllyrinne dilahirkan pada 27 Februari 1909 di Helsinki, Finland dan meninggal dunia pada tahun 1963.
6. Johan Aason
Johan Aason memiliki tinggi badan sebanyak 279 cm. Dia dilahirkan pada 5 Mac 1890 di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat dan meninggal dunia pada tahun 1938.
p/s: Sebenarnya masih terdapat ramai lagi mereka yang mempunyai ketinggian tubuh badan melebihi 3 meter di luar sana..Kalau ada sesiapa yang nak share, silakan lah =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment