Jom Singgah Sini =)

Monday 19 August 2013

[Unik] Pokok Bonsai Berusia 388 Tahun Terselamat Dalam Serangan Bom Atom Di Hiroshima

Bonsai merupakan suatu seni untuk menghidupkan pokok miniatur di dalam pasu hiasan..Pokok seperti ini lazimnya amat diminati oleh mereka yang mementingkan kecantikkan dan saiz..Namun, tahukah anda bahawa terdapat pokok bonsai yang pernah terselamat dari serangan bom atom di Hiroshima hampir 60 tahun dulu? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Dipamerkan di Muzium Nasional Bonsai dan Penjing yang terletak di Arboretum Nasional Amerika Syarikat merupakan pokok bonsai luar biasa Japanese White Pine (Pinus parviflora ‘Miyajima’) yang turut dikenali sebagai 'Hiroshima Survivor'. Menurut papan maklumat pada pokok tersebut, ia mula ditanam pada tahun 1625 dan itu menjadikan ia berusia 388 tahun. Di samping itu, ia pernah terselamat dari serangan bom atom Hiroshima pada 6 Ogos 1945.

Pada tahun 1976, sebagai sebahagian daripada hadiah Bicentennial Jepun kepada rakyat Amerika, penjaga bonsai iaitu Master Masaru Yamaki telah mendermakan salah satu bonsai dari koleksinya yang paling berharga. Keluarga Yamaki mengendalikan nurseri bonsai komersial di Hiroshima bagi beberapa generasi (kini nurseri berkenaan telah menjadi koleksi bonsai swasta).

Menurut pihak Yayasan Bonsai Negara, pada pagi 6 Ogos 1945, semua ahli keluarga Yamaki berada di rumah mereka. Bom atom itu meletup kira-kira 3 kilometer (kurang dari 2 batu) dari rumah mereka. Impak letupan telah memecahkan kesemua cermin tingkap dan mencederakan keluarga berkenaan apabila kaca-kaca tadi berterbangan. Ajaibnya, tiada seorang pun dari ahli keluarga itu mengalami sebarang kecederaan kekal.

Bonsai istimewa Japanese White Pine itu dan sejumlah besar bonsai lainnya telah berada di luar laman rumah ketika itu. Peliknya, tiada satu pun bonsai yang telah dirosakkan oleh letupan berkenaan, mungkin disebabkan oleh tembok pagar yang tinggi. Bonsai berkenaan telah dibawa dari tempat asalnya iaitu di Pulau Miyajima, yang terletak di selatan Hiroshima. Bonsai dari jenis Japanese White Pine ini dianggap sangat berharga kerana ia sangat sukar ditemui.

Muzium Nasional Bonsai dan Penjing mula ditubuhkan apabila Persatuan Bonsai Jepun menderma 53 pokok bonsai dan 6 batu tontonan kepada rakyat Amerika Syarikat untuk memperingati kejadian itu pada tahun 1976. Koleksi itu semakin meningkat dengan tambahan koleksi dari Amerika Syarikat sendiri dan koleksi dari China. Hari ini, muzium berkenaan mempunyai kira-kira 150 pokok bonsai.


p/s: Nampak macam senang je nak jaga pokok ni =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...