Jom Singgah Sini =)

Sunday 18 August 2013

R4BIA - Maksud Simbol Empat Jari Yang Popular Di Facebook =D

Pergolakkan yang berlaku di Mesir ketika ini semakin menjadi-jadi berikutan pihak berkuasa Mesir kini mula mengambil tindakan kekerasan ke atas para penyokong pro-Morsi..Pelbagai slogan dan simbol turut digunakan bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan mereka dan yang paling popular adalah penggunaan simbol empat jari yang makin tersebar di alam maya..Nak tahu apa makna simbol empat jari tersebut, meh usha kat bawah ni..


Simbol R4BIA juga turut dikenali sebagai simbol Rabaah, jadi, apa maksud Rabaah itu?

Rabaah yang mmbawa maksud empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi’ah iaitu di Medan Rabaah. 

Di Mesir kebanyakkan tempat atau daerah menggunakan istilah nombor dan mereka menggunakan simbol isyarat jari dalam urusan seharian terutama dalam pengangkutan awam. 

Sebagai contoh Hayyu Asyir (Daerah 10), Hayyu Sabiek (Daerah 7) biasanya guna simbol peace V, Hayyu Sadis (Daerah 6), Hayyu Thamin (Daerah biasanya guna simbol atau isyarat V terbalik dan lain-lain lagi.

Simbol ini juga dipopularkan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang bermaksud “Mesir, Kami Bersamamu”.


Sumber: OmakKau!

p/s: Semoga rakyat Mesir memperoleh kemenangan..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...