Jom Singgah Sini =)

Thursday, 15 August 2013

[Kreatif] Akibat Cuaca Panas, Pakaian Tembikai Kini Menjadi Trend Baru Kanak-Kanak Di China =D

Seperti yang kita tahu, buah tembikai amat sedap dimakan terutamanya pada musim panas malah airnya juga sangat menyegarkan..Namun, siapa sangka, kulit tembikai yang selalunya dibuang setelah isinya dimakan sangat berguna untuk dibuat pakaian istimewa pada musim panas seperti yang berlaku di China..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Di China, kebanyakkan orang dewasa akan memakan tembikai untuk menyejukkan badan manakala kanak-kanak akan memakai kulit tembikai untuk mengelakkan bahang panas.

Menurut Xinhua, agensi berita terbesar di China, trend memakai kulit tembikai bermula pada bulan Julai di Wenzhou apabila foto gambar seorang kanak-kanak yang memakai kulit tembikai tersebar di Internet. Foto tersebut tersebar melalui perkhidmatan micro-blogging China iaitu Sina Weibo dan berakhir di berita televisyen.

Selain itu, menurut laporan ShanghaiList, bapa kanak-kanak ini telah mengambil masa selama berjam-jam lamanya bagi membuat pakaian ini. Terdapat juga pelbagai variasi pada pakaian tembikai ini seperti bikini tembikai, hula skirt inspirasi dari tembikai , dan perisai tembikai. 

Dalam dunia online di China, kelihatan orang ramai amat gembira dengan pakaian tembikai ini, malah ada yang menggelarnya sebagai "kreatif" dan "mesra alam". Ada juga yang menganggap bahawa pakaian ini mampu menyejukkan badan anak-anak mereka.

Walaubagaimana pun, ia bukan lah satu idea yang baik untuk memakai sut tembikai untuk jangka masa yang lama kerana kulit tembikai adalah lembap dan ia boleh membantu pembiakan kuman dan bakteria. - Kotaku


p/s: Comel je budak tu pakai sarung tembikai =D 

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...