Jom Singgah Sini =)

Sunday 4 August 2013

[Gempar] Satu-Satunya Mujahiddin Rakyat Malaysia Yang Kini Berperang Di Syria =D

Krisis di Syria kini semakin meruncing dari hari ke hari..Dengan serangan rejim Basyar yang semakin hebat, umat Islam di Syria semakin tertekan dan di ancam bahaya..Oleh kerana itu, rata-rata negara Islam serantau yang lain sanggup menghantar mujahiddin mereka berperang bersama rakyat Syria dan Malaysia juga tidak terkecuali..Nak tahu siapa mujahiddin Malaysia yang berperang di Syria, meh usha kat bawah ni..



Ini adalah gambar satu-satunya mujahidin Free Syrian Army (FSA) berkerakyatan Malaysia . Dilaporkan bahawa beliau baru sahaja berlepas ke sana untuk bersama barisan jihad menentang Regim Zalim Syiah Nusairiah LaknatuLlah Basyar Assad. Nama beliau Faisal Hamdi. Beliau berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman dan kini menetap di Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai seorang isteri, Faliyana Bt Muda dan mempunya beberapa seorang cahaya mata.

Mesti anda semua tertanya-tanya bagaimana seorang rakyat Malaysia ini boleh 'terlepas' ke Syria dan tiba-tiba muncul dengan menyertai pasukan mujahidin FSA di sana kan?

Ini jawapannya...

Beliau sebenarnya adalah salah seorang anggota kumpulan team kemanusiaan dari Malaysia yang ditugaskan memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat serta pelarian perang di Syria terpaksa menderita akibat peperangan yang meletus. Namun apabila tiba di sana, beliau nekad mengambil keputusan yang telah lama dipendam hajatnya iaitu berjuang fisabiliLlah. Untuk pengetahuan, sebelum berangkat ke Syria, beliau telah mempersiapkan diri dengan memasuki latihan keras rejimen askar wataniah serta mempersiapkan diri dengan amalan serta ilmu agama.
Komen isteri beliau di Facebook suaminya, Faisal Hamdi

Kini, hajat dan cita-cita beliau sudah tercapai. Doanya dimakbulkan Allah. Malah, lebih manis pemergian beliau adalah di dalam bulan Ramadhan serta mendapat restu daripada keluarga beliau. Isteri dan seluruh anggota keluarga beliau di Malaysia mendoakan kesejahteraan beliau. Malahan, seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia mendoakan kemenangan dan kesejahteraan para mujahidin di Syria.

Namun, ada satu perkara yang pasti. Jika beliau pulang ke Malaysia. ISA yang dikatakan telah sedang dimansuhkan siap menanti beliau kerana ada sesetengah pihak dari kerajaan mengatakan yang ISA akan dikenakan kepada mujahidin Malaysia hanya kerajaan ingin mengaburi mata Amerika Syarikat.

Semoga Allah mengurniakan kemenangan ataupun syahid kepada Faisal Hamdi dan dipelihara keikhlasan, istiqamah beliau. Amien. #Pray4FaisalHamdi #RespectFaisalHamdi
Facebook rasmi Faisal Hamdi. Beliau akan mengupdate dari semasa ke semasa 'live' dari Syria. 

Link Facebook beliau - https://www.facebook.com/faisal.hamdi 

Sumber: HijabulCrewz

p/s: Semoga berjaya, saudara!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...