Jom Singgah Sini =)

Sunday 25 August 2013

Gangsta Rap - Genre Muzik Untuk Meningkatkan Kadar Jenayah *0*

Muzik merupakan bunyi yang diterima oleh seseorang individu dan ia berbeza mengikut citarasa seseorang itu..Dengan lambakan genre muzik seperti jazz, pop, classic, rock, balada dan lain-lain mungkin salah satunya merupakan genre yang anda minati dan dihayati sepenuhnya..Namun, tahukah anda bahawa terdapat genre yang dikenali sebagai 'Gangsta Rap' yang mampu menaikkan kadar jenayah? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Sebuah blog iaitu Hip Hop is Read pernah menulis sebuah artikel yang kini tersebar ke seluruh dunia Internet. Dalam tulisan tersebut, ia tertulis bahawa sebuah pertemuan rahasia yang dihadiri oleh 25 hingga 30 tokoh ternama dalam industri musik telah memutuskan untuk membuat genre baru agar kadar tahanan di dalam penjara semakin meningkat.

Oleh itu genre yang dikenali sebagai 'Gangsta Rap' pun tercipta. 'Gangsta Rap' adalah sebuah subgenre dari muzik hip hop yang berkembang dari 'hardcore hip hop' dan ia bermaksud untuk mencerminkan kejahatan dan gaya hidup ganas orang muda di dalam kota.

Gangsta adalah perkataan non-rhotic dari suku kata gangster. Gangsta Rap menjadi subgenre yang paling menguntungkan secara komersial. Beberapa orang rapper dalam genre muzik ini turut dikaitkan, atau dituduh memiliki hubungan dengan pertubuhan geng-geng haram.

Genre ganas ini telah mengundang pelbagai kontroversi dan persepsi buruk masyarakat serta tidak terlepas dari menerima pelbagai kritikan dari pemimpin politik hingga kepada pemimpin agama, yang telah menuduh genre muzik berkenaan dalang dalam mempromosikan kejahatan, pembunuhan bersiri, keganasan, perkara tidak senonoh, ketagihan seks, homofobia, rasisme, pergaulan bebas, kebencian terhadap wanita, pemerkosaan, geng jalanan, kes tembakan, vandalisme, rompakan, dadah, penyalahgunaan alkohol, materialisme, dan narsisisme.

Walaubagaimana pun, mereka yang terlibat dalam genre muzik ini sering membela diri dengan mengatakan bahawa mereka menggambarkan realiti kehidupan dalam kota, dan hanya mengadaptasi sesuatu karakter, seperti seorang pelakon memainkan peranan wataknya dalam berkelakuan dengan cara yang mereka mungkin tidak pernah lakukan sebelumnya.

Melihat dari segi lirik yang dikarang,  Gangsta Rap yang sering membahaskan tentang senjata, ubat-ubatan dan hal-hal lain seumpamanya. Namun, lirik karangan tanpa menyebut identiti sebenar itu akhirnya dianggap sebagai satu pembohongan semata-mata.

Alasan pihak berkuasa adalah sistem hukuman di Amerika Syarikat pada tahun 80-an dan 90-an sudah memadai untuk menghukum jenayah dan perkara-perkara lain seperti ini. Mereka tidak memerlukan bantuan Gangsta Rap untuk menyumbat lebih ramai penjenayah ke penjara.

p/s: Entah apa yang disebut dalam irama rap ni pun aku tak paham, baik layan lagu-lagu lama lagi syok..Baru tangkap lentok..Hehehe

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...