Jom Singgah Sini =)

Wednesday 31 July 2013

[Terkini] Razer Naga MMO: Tetikus Khas Permainan Video Edisi 2014 Diumumkan =D

Razer merupakan jenama yang amat dikenali dalam dunia aksesori permainan video terutamnya dalam kalangan gamers untuk suatu tempoh yang sangat lama..Kini, mereka akan melancarkan produk terbaru iaitu tetikus permainan video, Razer Naga MMO yang dijangka akan dilancarkan pada awal 2014 nanti..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Produk edisi 2014 ini ternyata mempunyai perubahan yang tampak jelas di mana terdapat 12 butang grid ibu jari ikonik yang kini akan dilengkapi dengan suis mekanikal yang mampu meningkatkan taktikal, kelajuan dan melancarkan pergerakkan.

Selain daripada itu, faktor reka bentuknya yang ergonomik juga telah dikemaskini dengan bentuk yang lebih luas supaya anda dapat menikmati keselesaan pada tahap terbaik, tanpa mengira saiz tangan anda.

Jari ke-empat dan ke-lima anda juga dapat akan merasai pengalaman yang lebih lembut pada permukaan lengkung tetikus itu. Ia juga membolehkan anda mendapat cengkaman yang lebih baik seperti keadaan di dalam permainan video dan mengurangkan keletihan apabila bermain terlalu lama.

Bukan itu sahaja, roller klik pada tetikus itu juga membolehkan anda klik masuk dan keluar, serta kiri dan kanan di mana ia memberi butang tambahan pada tangan digital anda. 

Dijangka akan mula dijual pada awal 2014, tetikus Razer Naga MMO edisi baru ini akan dijual pada harga US$79.99.


p/s: Sekarang ni pun memang aku ada pakai tetikus jenama Razer..Memang superb, tak sabar nak tunggu yang latest ni =D

* Nak income lebih? Meh usha kat bawah ni! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...