Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 23 July 2013

[Gambar] Novec 1230: Cecair Pemadam Kebakaran Tanpa Menyebabkan Kebasahan =D

Seperti yang kita ketahui, air merupakan agen yang paling penting untuk melawan api dan memadamkan kebakaran..Namun, sekiranya kebakaran berlaku di pejabat yang menempatkan pelbagai alatan elektronik yang mahal dan di padam pula menggunakan air, sudah pasti ia akan menyebabkan kerosakan dan kos membaik pulih yang lebih tinggi..Dengan teknologi sedia ada, sejenis cecair dikenali sebagai 'Novec 1230' telah tercipta di mana ia mampu memadamkan kebakaran tanpa membuat basah..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Cecair unik ini dikenali sebagai "Novec 1230" dan digunakan khusus untuk memadamkan kebakaran. Walau pun ia merupakan cecair, namun ia tidak akan menyebabkan sebarang kesan basah apabila digunakan berbeza dengan sifat air yang sebenar.

Novec 1230 ini merupakan agen pemadam kebakaran yang moden bagi menggantikan penggunaan air. Hal ini bagi menjamin kesan yang lebih praktikal dan selamat sekiranya kebakaran berlaku di tempat-tempat seperti bank, muzium, bangunan pejabat dan hospital, serta mengelakkan sebarang kerosakkan pada peralatan yang mahal.

Cecair ini juga tidak memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar terutamanya pada lapisan ozon (ODP 0) dan juga kepada kesihatan manusia. Jadi, sekiranya berlaku kebakaran di pejabat anda, usah risau pada barangan elektronik yang anda tinggalkan kerana ia dijamin tidak akan terjejas dengan penggunaan cecair ini.


 Video:

p/s: Bagus jugak kalau cari satu untuk letak kat rumah..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

1 comment:

Piza laaa said...

waaaa .. hebatnya .. huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...