Jom Singgah Sini =)

Monday 15 July 2013

[Fakta] 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Rokok *0*

Rata-rata penduduk di seluruh dunia pernah menghisap rokok sepanjang hayat mereka..Bagi perokok, mereka merasakan dengan menghisap rokok, mereka akan kelihatan hebat, bergaya dan seksi sedangkan mereka tidak sedar perbuatan tersebut sebenarnya membahayakan kesihatan mereka sendiri..Di sini, terdapat 10 perkara yang perlu anda tahu sebelum anda mula berjinak-jinak dengan rokok..Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..

10. Rokok merupakan industri bernilai US$400 billion setahun dan merupakan industri yang banyak di dagangkan diseluruh dunia.

9. Daripada sejumlah rokok yang dijual di seluruh dunia, 25% rokok diseludup.

8. 70% pasaran rokok dimiliki oleh jenama terkemuka dunia seperti Marlboro, Camel, Kent dan Kool.

7. Pengeluar rokok di Amerika menjual kurang rokok kepada Amerika berbanding dengan bilangan yang mereka jual kepada penduduk bukan Amerika. 

6. Urea, iaitu bahan kumuh yang terdapat dalam air kencing turut digunakan sebagai perasa dalam rokok.


5. Perisa tambahan dalam tembakau dicampur dengan bantuan bahan-bahan perasa seperti, cengkih, likuoris, minyak oren, batu aprikot, minyak limau, minyak lavender, koko dan lain-lain lagi. 


4. Mengikut undang-undang, rokok tidak boleh dijual kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun, namun berbeza di Jepun di mana rokok hanya boleh dijual kepada mereka yang berumur 20 tahun dan ke atas.


3. Terdapat mitos bahawa merokok membantu mempercepatkan proses penghadaman. Sebenarnya, merokok akan melambatkan proses pencernaan dengan mengalihkan darah ke arah organ-organ lain, jauh dari usus di mana ia diperlukan untuk pencernaan. 


2. Dengan hanya menyedut rokok dalam 10 saat, nikotin akan mencapai setiap organ dalam tubuh badan termasuk otak.

1. Ia telah terbukti melalui kajian bahawa merokok akan memendekkan hayat si perokok selama 14 tahun.

p/s: Bulan puasa ni merupakan masa yang sesuai untuk berhenti merokok..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...