Jom Singgah Sini =)

Monday, 8 July 2013

Camel Turducken: Makanan Istimewa Berasaskan Unta Panggang Berisi Daging Kambing & Ayam

Bagi anda yang inginkan pengalaman merasa makanan yang unik dan eksotik, Arab Saudi mungkin merupakan destinasi pilihan anda..Ini kerana masyarakat Arab di sana mempunyai sejenis makanan unik dikenali sebagai "Camel Turducken"..Nak tahu apa itu "Camel Yurducken", meh usha kat bawah ni..


Camel Turducken merupakan makanan tradisional yang terdiri daripada daging unta yang di panggang dan diisi dengan daging kambing, ayam, ikan, dan kadang-kadang disertakan dengan telur serta nasi.

Suku Badui di Arab Saudi dikatakan gemar memasak makanan tradisional ini dan menghidangkannya dalam  acara perkahwinan. Namun, resepi asli masakan ini masih lagi menjadi misteri. Sebuah buku berjudul "The Fearless Dinner" yang ditulis oleh Richard Sterling memuatkan sebuah kisah tentang bagaimana makanan ini dimasak.

Richard menulis tentang masakan itu ketika dia bertemu dengan seorang tukang masak di Bangkok, Thailand, bernama Sven Krause. Dalam kesempatan itu, Sven bercerita tentang pengalamannya memanggang daging unta yang diisi  dengan pelbagai jenis daging ketika bekerja di Arab Saudi.

Sven juga mengaku pernah diminta memasak Camel Turducken untuk hidangan pesta pernikahan seorang keluarga bergelar Syeikh. Sven memasak daging unta berisi daging kambing yang sebelumnya juga sudah diisi dengan daging ayam berisi ikan selama 24 jam.

Pada 2007, Christian Falco, seorang tukang masak yang berasal dari Perancis, mendapat latihan praktikal dalam memasak hidangan tradisional ini ketika sedang berkunjung ke Safi, Morocco. 

Falco memasaknya selama 15 jam. Makanan tersebut cukup untuk hidangan seramai 500 orang.


p/s: Perghhhh!! Meleleh air liur beb..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...