Jom Singgah Sini =)

Saturday, 1 June 2013

[Gambar] Masjid Hazrat Sultan: Masjid Terbesar Di Asia Tengah =D

Masjid merupakan pusat ibadat bagi umat Islam di seluruh dunia..Ia juga merupakan kawasan yang dianggap suci malah, kebersihan serta kecantikkan di kawasan sekitarnya amat dititikberatkan dan pelu dijaga dengan baik..Di Kazakhstan, terdapatnya sebuah masjid yang terbesar di Asia Tengah dan dianggap sebagai salah satu masjid yang paling bersih..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Masjid "Hazrat Sultan" yang terletak di Astana, Kazakhstan,  merupakan masjid terbesar di Asia Tengah. Masjid ini telah dibina dengan bercirikan gaya Islam klasik dengan perhiasan tradisional masyarakat Kazakhstan. Masjid ini boleh memuatkan sehingga 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan 10,000 jemaah pada waktu cuti perayaan.

Masjid ini mempunyai keluasan lebih dari sebelas hektar manakala jumlah kawasan semua struktur adalah sama dengan 17,700 meter persegi. Masjid ini juga mempunyai empat monarets (menara) pada setiap penjuru, di mana setiap satunya adalah 77 meter tinggi.

Masjid "Hazrat Sultan" juga mempunyai kubah yang terbesar di Kazakhstan - tingginya ialah 51 meter dan lebar sebanyak 28 meter.


p/s: Cantik kan? Tapi, tak guna jugak kalau buat masjid cantik-cantik tapi bilangan jemaah yang ke masjid kurang =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...