Jom Singgah Sini =)

Monday 1 April 2013

Vittra TelefonPlan: Sekolah Moden Tanpa Kelas =D

Rata-rata sekolah di seluruh dunia termasuk di Malaysia, perlu mempunyai bilik darjah atau kelas sebagai ruang untuk proses pembelajaran berlaku..Namun, di sebuah sekolah di Stockholm, Sweden ini telah memperkenalkan sebuah sekolah bebas kelas yang diberi nama sebagai Vittra Telefonplan School..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Kadangkala, suasana kelas yang terlampau formal dan kaku sering membuat diri para pelajar berasa bosan dan terganggu. Berbekalkan alasan tersebut, muncul sebuah idea untuk merealisasikan konsep sekolah Vittra Telefonplan ini.
Terletak di Stockholm, Sweden, sekolah ini telah direkabentuk dan dirancang oleh seorang perancang terkemuka, Rosan Boschin. Di sekolah ini, seluruh ruang kelasnya adalah ruang terbuka. Konsep ini dikatakan lebih efektif bagi mendorong kolaborasi dan interaksi sesama pelajar.

Dalam ruangan di sekolah ini, tiada sebarang batasan untuk para pelajar dan ruangan ini disediakan dengan perabot dan kemasan dalaman yang berwarna-warni. Bahkan, para pelajar digalakkan untuk aktif bergerak bebas di setiap lingkungan ruang.

Untuk mendorong perkembangan otak setiap pelajar, sekolah ini juga mengajar para pelajarnya dalam satu kelompok kecil. Bukan setakat itu sahaja, para pelajar juga akan diberikan komputer riba setiap seorang. Selain itu, sebuah panggung mini juga disediakan bagi menarik kedatangan semua pelajar ke sekolah.


Video:

p/s: Kat Malaysia, sekolah yang ada kelas pakej sekali dengan cikgu disiplin yang garang pun budak-budak berani ponteng, inikan pula yang jenis sekolah tak ada kelas macam ni..Lagi tinggi la kadar ponteng di sekolah-sekolah seluruh Malaysia..Hehehe =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *




2 comments:

Unknown said...

hai encik sochai.
lame tak melawat..
masalahnye kalao kelas mcm ni ujian upsr mcm mana?ops.lupe lak kat sweden.hihihi

shuttet said...

hai encik aMaD::
lama tak nampak..
rasanya, lain negara lain kot sistem peperiksaan diorang..macam mana pun, sekolah macam ni mmg syok..mcm datang sekolah mai melepak jaa..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...