Jom Singgah Sini =)

Sunday 14 April 2013

Pengilap Kereta (Car Wax) Paling Mahal Di Dunia *0*

Pengilap kereta atau car wax mungkin menjadi agen penting selepas proses mencuci kereta bagi mendapatkan kemasan akhir yang berkilau pada kenderaan anda..Lazimnya, harga untuk mengenakan car wax ini tidak lah semahal mana sekiranya untuk dibandingkan dengan car wax keluaran Mitchell & King yang diiktiraf sebagai car wax termahal di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Pengilap kereta (car wax) keluaran Mitchell & King yang dijual pada harga USD 97,060 telah menjadi car wax termahal yang pernah di jual di dunia.

Hanya untuk menampakkan kereta mereka dalam keadaan berkilat, beberapa orang sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membeli car wax berkenaan. Dalam rangka untuk memenuhi keperluan kliennya yang berduit, syarikat yang berasal dari Scotland ini, Mitchell & King telah melancarkan car wax versi terhad ini,

Produk yang dinamakan GRV Car Wax ini akan memberikan kilauan emas dan memberi perlindungan pada kenderaan selama tempoh 4 bulan. Bungkusan car wax ini juga dibuat dengan kemasan yang tinggi dengan diperbuat daripada Titanium terbaik yang dilapisi dengan emas 24 karat serta bertatahkan kristal Swarovski.

Seperti mana yang dikutip Born Rich, Mitchell & King sebagai pihak pengeluar tidak akan menjual produknya ini pada sebarangan orang. Mereka yang berminat untuk membeli perlu memohon terlebih dahulu dan pihak syarikat berhak untuk menolak permohonan pembelian yang telah diajukan.


p/s: Macam mana? Ada ke yang berminat nak beli?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...