Jom Singgah Sini =)

Saturday, 6 April 2013

[Gambar] Fangweng: Restoran Tergantung Lereng Bukit Di China =D

Lazimnya, bagi seseorang yang ingin mengembara mendaki bukit atau gunung, anda perlu membawa bungkusan bekalan makanan sendiri..Namun, di sebuah tempat di China, mereka yang kini minat mengembara mendaki bukit tidak perlu risau lagi akan ketiadaan bekalan makanan kerana di pertengahan perjalanan, terdapat sebuah restoran tergantung di lereng bukit..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Restoran tergantung yang unik ini telah dibina di sebuah gunung di Wilayah Hubei, 12 kilometer ke utara bandar Yinchang. Terletak secara tepatnya di Happy Valley of Xiling Gorge, restoran tergantung Fangweng ini menawarkan pemandangan alam semulajadi yang menarik bagi para pendaki yang berani menjejakkan kaki ke dalamnya.

Bangunan bata yang terletak di hadapan restoran terbabit berfungsi sebagai laluan pintu masuk menuju ke restoran tergantung berkenaan. Tidak cukup dengan itu, sebuah laluan sempit sepanjang 30 meter yang tergantung di lereng bukit berhadapan dengan Sungai Yangtze mungkin menjadi mimpi ngeri buat para pendaki.

Jambatan tersebut akan membawa para pendaki terus ke dewan makan yang telah diukir di tebing bersebelahan. Cahaya di dalam ruang makan restoran tersebut kebanyakkannya dinyalakan dengan lampu tradisional yang tergantung dari siling serta hiasan dalaman restoran yang dihiasi dengan perabot Cina.

Apa yang menjadi daya tarikan utama di restoran Fangweng adalah dua platform konkrit yang terletak jauh dari lereng bukit, di mana para pengunjung boleh melihat semua keajaiban di Happy Valley atau menonton penerjun bungee melakukan lompatan dari jambatan berhampiran.

Restoran tergantung Fangweng menawarkan  pelbagai jenis makanan tempatan berdasarkan ikan air tawar, itik, babi dan juga penyu yang dimasak campur sekali dengan sayur-sayuran atau bersama rempah-ratus dengan lada panas dan serbuk cili. Namun, sekiranya anda bukan penggemar masakan Cina, sudah cukup bagi anda melawat restoran tersebut bagi menyaksikan keindahan alam semulajadi yang disediakan.


p/s: Macam mana? Menarik kan? =D


2 comments:

Unknown said...

cina kan suka gunung ganang.
diorg suka tinggal situ.tgk la kt malaysia camne. tp menarik jgk kalau dpt jejak kaki kt restoran ni.

shuttet said...

mungkin jugak la..kalo tengok, tempat ibadat diorang pun dibina dekat kawasan gunung ganang juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...