Jom Singgah Sini =)

Monday, 25 March 2013

[Unik] Vice Versa: Hotel Yang Menawarkan Konsep Penginapan "Syurga & Neraka" =D

Sekiranya anda meminati penginapan hotel yang berbeza dari hotel-hotel yang lain, Hotel Vice Versa ini mungkin merupakan pilihan terbaik untuk anda..Apa yang uniknya mengenai hotel ini adalah ia menyediakan dua jenis konsep pilihan penginapan untuk tetamu sama ada mahu merasai suasana seperti di "neraka" atau pun "syurga"..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Hotel ini telah direka oleh Chantal Thomass, di mana sekiranya anda memilih konsep "syurga", tema bilik yang diberikan akan didominasi dengan warna putih, manakala jika anda memilih konsep "neraka", tema bilik yang akan diberikan akan didominasi dengan warna merah dan hitam.

Bukan itu sahaja, hotel yang setinggi 37 tingkat ini juga turut mempunyai bilik hotel yang bertemakan "7 Dosa Paling Besar". 7 dosa tersebut meliputi nafsu, kerakusan, serakah, malas, murka, dengki dan bangga diri.

Sebagai contoh, sekiranya anda memilih tema 'rakus', bilik tersebut akan didominasi dengan warna merah muda dengan dihiasi gambar perempuan Perancis yang mirip dengan Marie Antoinette. Tema 'nafsu' pula akan didominasi dengan warna merah jambu pastel dengan aksen hitam dan dihiasi gambar-gambar lekuk tubuh seorang wanita. Bagi tema 'bangga diri', ia memiliki aksen dengan warna kuning keemasan, patung dan lantai marmar. 

Hotel yang terletak di Perancis ini sudah mula menarik minat pelancong sejak awal pembukaannya lagi iaitu pada Julai 2012 yang lalu.


Bagi anda yang meminati nak tahu dengan lebih lanjut atau ingin melihat foto-foto bilik yang lain, boleh singgah di sini - Vice Versa Hotel

p/s: Rasa-rasa ada tak yang nak menginap kat hotel ni? =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...