Jom Singgah Sini =)

Wednesday 27 March 2013

[Unik] Rambut Mohawk Kini Dijadikan Papan Iklan Bergerak =D

Bagi sesetengah peminat fesyen rambut, rambut gaya Mohawk mungkin merupakan gaya rambut yang paling ekstrim dan menampakkan sisi ganas orangnya..Namun, siapa sangka, di Amerika Syarikat, mereka yang mempunyai gaya rambut Mohawk ini mampu menjana pendapatan dengan menjadikan rambut mereka sebagai papan iklan bergerak..Nak tahu macam mana? Meh usha kat bawah ni..


Siapa yang tidak kenal dengan gaya rambut Mohawk ini iaitu sejenis gaya rambut yang menegak naik ke atas. Selain berguna untuk bergaya, kini ia juga boleh menjana pendapatan dengan memasang iklan pada rambut Mohawk ini.

Salah seorang anggota kumpulan yang menamakan dirinya Mohawk Gaz di Florida, Amerika Syarikat telah memanfaatkan rambut Mohawk mereka untuk dijadikan papan iklan bergerak.

Ternyata, terdapat banyak syarikat yang mahu mengiklankan produk mereka pada gaya rambut Mohawk ini dengan cara melukis di rambut Mohawk dengan jenis iklan apa yang akan di pamerkan di rambut berkenaan. 

Mohawk Gaz telah membuat berbagai rekaan iklan, misalnya seperti potret Marilyn Monroe, Mona Lisa atau Iris Kimbo. Pengiklanan rambut yang paling berkesan sejauh ini adalah sebuah jaring berserta dengan gelung bola keranjang yang melekat di kepala yang dipakainya sewaktu pertandingan NBA, di mana ia telah menarik perhatian yang besar dari kalangan orang ramai.

Gasmy mengatakan bahawa iklan yang di pasang pada rambutnya itu hanya akan bertahan selama seminggu, namun dia boleh mengubah gaya atau rekaan iklan sehingga tiga kali se-minggu, sekiranya dia memiliki klien yang berbeza.


p/s: Macam mana la diorang mandi agaknya ekk? Hmmm..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

1 comment:

Unknown said...

fuh gempak jugak .. dekat fiverr.com lagi la dasyat.. macam2 cara nak cari duit zaman sekarang ni..

mohon kongsikan article di www.kongsiblog.com

thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...