Jom Singgah Sini =)

Wednesday 6 March 2013

[Menarik] Penyembur Cat Makanan Yang Boleh Dimakan =D

Lazimnya, penyembur cat selalu digunakan bagi membuat kemasan pada pelbagai jenis permukaan bagi memastikan ia tahan lama..Namun kini, terdapat penyembur cat yang boleh digunakan pada makanan dan apa yang menariknya, makanan yang disembur tadi selamat untuk dimakan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Sekiranya anda bosan dengan epal berwarna merah, ayam panggan yang berwarna perang dan biskut cip coklat, kini di Hamburg, Jerman telah di reka sejenis penyembur pewarna makanan iaitu Esslack untuk memberikan warna berbeza pada makanan anda.

Menurut pihak pengeluarnya, pewarna makanan tersebut dikatakan tidak berbahaya walaupun pada kanak-kanak dan sesuai untuk digunakan pada semua jenis makanan. 

Dengan produk terbaru ini, semua orang boleh mempelbagaikan ciptaan masakan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, mereka boleh membuat sayur asparagus berwarna emas, kacang berwarna merah, stik berwarna biru atau kek cawan berwarna perak. 

Penyembur makanan ini boleh didapati dalam 4 warna iaitu merah, biru, perak dan emas dalam bentuk tin 100ml. Kos untuk setiap unit adalah berharga 25 Euro.


p/s: Mahu ke orang nak makan kalau buat makanan warna pelik-pelik ni? Hahaha


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...