Bagi anda yang memiliki telefon pintar jenama Blackberry, ini mungkin satu pengetahuan yang amat menarik berkenaan sejarah jenama telefon pintar yang terkenal di dunia ini..Sejarah penubuhan syarikat yang dikenali sebagai Research In Motion ini dikatakan nyaris menamakan produk keluaran mereka sebagai 'Strawberry' berbanding nama asalnya 'Blackberry' pada masa kini..Nak tahu dengan lebih lanjut meh usha kat bawah ni..
Diasaskan oleh seorang imigran Greek di bandar Waterloo, Kanada. Pengasas Research in Motion, Mike Lazaridis telah dilahirkan di Turki, pernah mereka sebuah alat rakaman dari Lego pada umur 4 (empat) tahun, membuat sebuah radio pada umur 5 (lima) tahun, dan pernah belajar di Universiti Waterloo, seperti yang dikutip Serupedia.
Dia memilih untuk berhenati daripada pengajiannya setelah memenangi kontrak bernilai 560 ribu US Dollar. Para perancang ekonomi pernah meramalkan bahwa sekumpulan pesaing besar akan menenggelamkan produk Blackberry dengan membanjiri pasaran dengan produk yang serupa. Namun hingga ke saat ini, tidak ada satu pun perusahaan seperti Nokia, Motorola atau bahkan Microsoft yang sanggup menjadi pesaing untuk Blackberry.
Kegemilangan jenama Blackbery adalah berdasarkan penampilannya yang sangat mesra pengguna dan para pengguna boleh saling berhubung antara satu sama lain tidak kira walau di manapun anda berada. Anda boleh kerap mengakses email (ketika ini Facebook, Blogging, dll). Sejak pelancarannya pada tahun 1999, Blackberry telah mempunyai lebih dari 8 juta pelanggan di seluruh dunia.
Sejajar dengan peningkatan kemampuan layanan komunikasi selular, Blackberry pun turut sama meningkat. Dengan makin turunnya pembiayaan kos komunikasi, akhirnya Blackberry bagaikan menjadi sebuah fenomena di seluruh dunia.
Pada mulanya, Blackberry ingin di namakan POCKET LINK, iaitu sebuah nama yang multi fungsi namun membosankan. Kemudian, ia juga hampir-hampir di namakan sebagai STRAWBERRY, kerana produknya yang mirip dengan buah strawberry. Akhirnya, dengan perseutujuan semua pihak, ia dinamakan BLACKBERRY, iaitu sebuah nama yang akrab dan lebih cerdas.
Blackberry pada mulanya masuk ke pasaran buat pertama kali dengan memfokuskan pada layanan e-mail pantas. Pada awalnya, produk keluaran Blackberry hanya memiliki skrin jenis monokrom, tetapi sekarang semua modelnya sudah memiliki skrin layar berwarna.
Ketika ini, RIM juga menawarkan layanan email Blackberry untuk produk-produk bukan Blackberry seperti Palm Treo dan Nokia E61, melalui peranti lunak Blackberry Connect.
Mengapa banyak orang yang meminati produk BlackBerry? Salah satunya adalah kepantasannya mengirim dan menerima email: sepantas mengirim dan menerima SMS.
Blackberry kini bagaikan menjadi gajet yang wajib dimilki oleh para remaja yang ingin diakui kemodenannya. Setelah aplikasi Gossip Girl secara fenomena mempromosikan Blackberry, gajet ini telah dilabel oleh anak-anak muda sebagai lambang status kelas atas.
p/s: Cuba bayangkan Blackberry yang korang guna sekarang guna nama Strawberry? Agak-agak rasa branded tak? Hehehe
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment