Jom Singgah Sini =)

Monday 18 February 2013

[Video] Sekumpulan Ikan Lumba-Lumba Sebanyak 100,000 Ekor Dikesan Di San Diego..

Ikan lumba-lumba atau lebih dikenali sebagai dolphin terkenal sebagai spesies hidupan laut yang jinak dengan manusia..Selalunya, ikan lumba-lumba ini sering ditemui dalam kelompok kumpulan yang kecil dan jarang ditemui dalam kelompok yang besar seperti yang berlaku di San Diego ini..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Sekumpulan ikan lumba-lumba dengan saiz yang super besar dengan anggaran sebanyak 100,000 ekor yang merangkumi hampir 7 kilometer panjang telah dikesan di luar pantai San Diego. Ia telah memberi kejutan kepada sekumpulan ahli pemerhati alam sekitar yang berada berhampiran.

Ikan lumba-lumba lazimnya akan berenang di dalam kelompok kecil yang hanya mempunyai bilangan sebanyak 15 ke 200 ekor sahaja. Penemuan kumpulan ikan lumba-lumba berkenaan telah diiktiraf sebagai kumpulan ikan lumba-lumba super besar yang pernah ditemui di dunia.


Mr Dutra, seorang ahli pemerhati alam sekitar berkata, "Kami mengekori kumpulan ikan lumba-lumba itu selama 1 jam lamanya kerana tidak pernah melihat keadaan sebegini dalam hidup saya." 


"Mereka (ikan lumba-lumba) datang dari pelbagai arah dan anda boleh melihat mereka sejauh mata memandang," katanya lagi. "Ini merupakan perkara terbesar yang pernah berlaku dalam hidup saya."




Video:

p/s: Bestnya tengok =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...