Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 27 February 2013

[Unik] Guitar Pee: Gitar Yang Dimainkan Dengan Air Kencing *0*

Seperti mana yang kita tahu, alat muzik seperti gitar perlu dimainkan dengan menggunakan tangan dan mustahil dimainkan dengan cara lain..Tapi, terdapat sejenis gitar ini di mana anda perlu memainkannya menggunakan air kencing dan lebih menarik lagi, gitar ini diletakkan di dalam tandas..Nak tahu macam mana nak main gitar tu, meh usha kat bawah ni..

Sebuah alat elektronik atau permainan yang menggunakan air kencing sebagai sumber utama untuk bermain kini datang lagi. Setelah pihak SEGA mengeluarkan permainan SEGA Toylet di mana memerlukan air kencing untuk memainkannya, kini tercipta pula Guitar Pee yang juga boleh dimainkan dengan memanfaatkan air kencing anda.

Konsep gitar ini yang diletakkan di dalam tandas merupakan idea yang unik dan kreatif dan masih ramai yang belum melihatnya lagi. Oleh itu, tidak hairan jika anda tertanya-tanya akan kebenaran tandas sebegini rupa. Guitar Pee ini merupakan alat permainan hasi kombinasi antara air kencing dan gitar elektrik.

Dengan menggunakan air kencing yang dipancut semasa membuang air kecil, ia dapat mengaktifkan not-not gitar dan mengeluarkan suara yang telah diubahsuai. Pengguna juga boleh mendengar dan memuat turun M-PEE-3 dengan hanya mengakses Guitar Pee Gallery melalui telefon bimbit. 

Sayangnya, tandas bercirikan Guitar Pee ini hanya dibangunkan di Brazil buat masa ini dan masih belum diputuskan sama ada Gutar Pee akan dipasarkan secara global atau pun tidak.


Video:


p/s: Pengotor pun ada jugak bila main dengan air kencing ni..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...