Jom Singgah Sini =)

Sunday, 10 February 2013

[Unik] Aksesori Yang Diperbuat Daripada Air Susu Ibu =D

Siapa sangka, daripada air susu ibu yang memberi khasiat kepada bayi ia juga boleh menjadi  bahan yang unik untuk membuat aksesori yang menarik untuk dipakai..Nak tengok dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Seorang ibu yang bernama Alicia dan masih menyusukan bayinya telah mendapat idea yang kreatif iaitu dengan menggunakan titisan air susunya dalam mereka pelbagai loket, gelang dan rantai. Aksesori berkenaan kemudiannya akan dijual di kedai miliknya yang didirikannya sendiri pada tahun 2007. Kini, aksesori unik berkenaan juga boleh dibeli di laman web online, Etsy.

Pada mulanya, idea untuk menggunakan air susunya sendiri hanyalah sebagai satu eksperimen dan dia telah menghasilkan berpuluh-puluh rekaan aksesori sebelum ia benar-benar sempurna.

Aksesori yang dibuat oleh Alicia didatangkan dalam pelbagai bentuk seperti bentuk bujur, hati, bintang, lingkaran, bunga-bungaan dan jari-jari bayi yang kecil.

Harga aksesori yang dijual ini bergantung kepada tahap kerumitan dalam pembuatannya. Kitaran harga dianggarkan dalam US$6 hingga US$88.


p/s: Menarik bukan? Ada sapa-sapa yang teringin nak buat bisnes macam ni jugak? =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...