Jom Singgah Sini =)

Monday 4 February 2013

[Gambar] Udara Segar Dalam Tin Dijual Di China *0*

Menghirup udara segar sememangnya mudah diperoleh di mana-mana sahaja di kawasan yang mempunyai persekitaran yang bersih..Namun, di China, disebabkan persekitaran udara yang terlalu kotor, penduduknya terpaksa membeli udara segar yang dijual di dalam tin..Nak tahu macam mana, meh usha kat bawah ni..


Ibu negara China iaitu Beijing merupakan salah satu bandar yang paling tercemar di dunia. Sekarang ini, ia merupakan bandar pertama di mana anda boleh membeli udara segar di dalam tin. Tin udara segar ini mengandungi udara segar sebenar yang boleh digunakan sekiranya anda berasa pening dan sakit kepala.


p/s: Elok-elok udara segar boleh dapat free, dah kena beli pulak dah..Untung orang yang buat bisnes kat sana..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...