Jom Singgah Sini =)

Wednesday 20 February 2013

[Gambar] Hole-y: Kasut Yang Dilengkapi "Penyaman Udara" =D

Kasut yang dipakai pada waktu panas terik sememangnya akan memberi ketidakselesaan kepada si pemakai disamping ia akan memberi bau busuk dan masam pada bahagian dalam kasut..Bagi mengatasi masalah tersebut, sejenis kasut yang mempunyai "penyaman udara" telah direka dan dikenali sebagai "Hole-y"..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Kasut berpenghawa dingin keluaran syarikat Chiyoda ini menggunakan konsep yang sama seperti terdapat pada pelbagai jenis kasut sukan yang ada di pasaran iaitu mempunyai lubang pengaliran udara. Pada kasut ini, ia mempunyai 6 lubang pengaliran udara bagi mengalirkan udara panas di dalam kasut ke luar seterusnya bertindak sebagai penyaman udara bagi menyejukkan kaki anda semasa memakainya.

Walaubagaimana pun, produk kasut ini akan berdepan dengan masalahnya yang tersendiri di mana tapak kasut akan menjadi terlalu kotor dan sukar dibersihkan berikutan lubang pengaliran udara yang terletak di bawah tapak kasut. 

Selain itu, pada waktu hujan, kasut anda akan mudah untuk menjadi basah disebabkan air yang masuk melalui bahagian bawah tapak kasut tersebut.


p/s: Macam lagi susah ja kalau pakai kasut ni =,='



 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...