Jom Singgah Sini =)

Monday, 25 February 2013

[Gambar] Bakteria Tersembunyi Yang Berada Pada Permukaan Skrin Telefon Anda *0*

Mengikut trend penggunaan teknologi masa kini, rata-rata pengguna amat menggemari gajet yang menggunakan skrin sesentuh (touch screen)..Walaubagaimana pun, tahukah anda terdapat bakteria yang tersembunyi pada skrin gajet anda itu? Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Gambar-gambar ini menunjukkan kehidupan mikro-organisma yang tersembunyi daripada pandangan mata kasar pada telefon pintar anda. 

Lama-kelamaan apabila kita asyik menggunakan telefon pintar kita seperti menaip dan menggores pada permukaan skrin, gajet itu tadi akan mengekalkan sejarah biologi ke atas tindakan kita itu.

Para pelajar jurusan Bakteriologi di University of Surrey telah menekap skrin telefon pintar mereka pada bekas petri untuk melihat yang akan kelihatan.

Walaupun keputusan kajian yang dijalankan selama tiga hari itu kelihatan samar-samar, anda perlu berasa lega kerana bakteria tersebut tidak berbahaya. Kajian tersebut dijalankan bagi melihat sendiri kehidupan yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia pada skrin telefon anda.

Selain itu, sesetengah bakteria bawaan penyakit turut ditemui seperti Staphylococcus aureus iaitu sejenis bakteria biasa yang meyebabkan penyakit Staph termasuk keracunan makanan, impetigo dan juga septisemia.

Mengikut anggaran, 20 peratus orang telah membawa 'pepijat' jangka panjang, yang sering ditemui pada rongga hidung.


Koloni bakteria yang terbentuk selepas telefon telah dicetak merupakan flora bakteria yang tidak dapat dilihat di dalam badan.


Dr. Simon Park, pensyarah kanan dalam biologi molekul berkata: "Sebagai sebahagian daripada kursus yang dipanggil Bakteriologi Praktikal dan Bioperubatan ini, modul ijazah yang saya jalankan, saya menyuruh pelajar untuk menekap telefon bimbit mereka kepada piring Petri untuk melihat pertumbuhan bakteriologi yang dibawa oleh mereka"


"Ia merupakan sesuatu yang luar biasa dan sangat berkesan bagi menyedarkan para pelajar tentang wujudnya kehidupan seni lain yang tidak dapat dilihat sebelum ini."


Di sini, anda dengan jelas dapat melihat bentuk telefon pada piring Petri ini yang telah dilindungi oleh sejenis bakteria yang cebat membiak iaitu Bacillus mycoides.


"Ia merupakan corak pertumbuhan bakteria yang unik dan oleh kerana tanah merupaka habitat semulajadinya, kita tahu bahawa telefon ini pernah bersentuh dengan tanah. Setiap telefon akan memberitahu ceritanya yang tersendiri."

"Daripada keputusan kajian ini, telefon pintar bukan sahaja digunaka untuk menyimpan maklumat peribadi namun juga sentuhan peribadi dan fizikal seperti tanah dan perkara lain."























































p/s: Jaga lah kebersihan skrin gajet anda =)

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...