Jom Singgah Sini =)

Thursday 24 January 2013

[Menarik] Battery.Family: Bateri Yang Boleh Diguna Dalam Pelbagai Saiz =D

Mungkin kebanyakkan orang pernah menghadapi masalah dalam mencari saiz bateri yang sesuai untuk digunakan semasa saat-saat yang amat diperlukan..Paling teruk apabila kita mempunyai lambakan bilangan bateri namun tidak mempunyai saiz yang ingin kita gunakan..Oleh itu, pihak Panasonic telah pun mencipta sejenis bateri yang boleh digunakan dalam pelbagai saiz dikenali sebagai Battery.Family..Nak tahu macam mana ia berfungsi, meh usha kat bawah ni..


Ia secara dasarnya merupakan 4 jenis bateri 1.5 Volt yang telah "dirumahkan" dalam satu bateri saiz besar iaitu saiz D. Dalam setiap "keluarga" bateri tersebut, anda akan mempunyai bateri yang bersaiz C, saiz AA, dan saiz AAA termasuk saiz D tadi. 

Bateri saiz AAA dalam rangkaian "keluarga" tersebut merupakan sumber kuasa kepada bateri bersaiz lain yang kelihatan seperti sarung untuk digunakan dalam peralatan lain yang memerlukan bateri dalam saiz berbeza.

Battery.Family ini rekaan konsep bateri masa depan yang telah direka oleh Soohwan Kim, Junho Yoon, Dohoon Lee, dan Hyojin Park.


p/s: Senang sikit, boleh jimat duit beli bateri =D



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...