Jom Singgah Sini =)

Monday, 21 January 2013

[Gambar] Sumpah Kekal Dara Wanita Albania *0*

Lazimnya, setiap kaum wanita memerlukan seorang lelaki untuk menjadi peneman hidup..Namun, amat berbeza bagi kaum wanita di Albania di mana ada sesetengah mereka mengamalkan 'sumpah dara' bagi menjaga keperawanan mereka dan kekal dara hingga ke tua..Nak tahu macam mana rupa mereka, meh usha kat bawah ni..


Seorang perempuan yang sempurna dengan impian untuk berkahwin pada suatu hari nanti terpaksa melupakan hasratnya itu apabila telah dipaksa oleh ahli keluarga untuk mengangkat 'sumpah dara' bagi kekal bujang hingga ke akhir hayat.

Mereka dilarang daripada menyertai biara. Mereka perlu menggalas tanggungjawab untuk menjaga rumah dan keluarga serta sosial dengan menjadi seorang "lelaki". Hal ini disebabkan mereka tinggal di dalam puak yang sering mengamalkan pertumpahan darah dan pembunuhan "maruah" di kawasan luar bandar Albania.

Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa, mereka terpaksa melupakan gaun, rambut panjang dan pakaian wanita yang cantik dan menyarungkan pakaian lelaki serta diberikan keistimewaan untuk mempunyai bentuk badan yang besar dan maskulin. 

Mereka akan dirujuk sebagai "dia" dan "bapa saudara" oleh orang-orang kampung di sekitar tempat tinggal mereka. Mereka yang mengangkat "sumpah dara" ini juga dikenali sebagai "burneshas" - Jill Peters


p/s: Sekali pandang nampak macam lelaki betul kan?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...